KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Saturday, December 22, 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pada 8 September 2012 (Sabtu), telah diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah. Majlis bermula seawal pukul 7.45 pagi di medan perhimpunan. Acara dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan dendangan beberapa buah lagu raya, ucapan Puan Guru Besar, dan seterusnya murid-murid dalam barisan yang terkawal bersalaman dengan semua guru. Kemudian, murid-murid masuk ke kelas. Pada pukul 9.15, murid Tahap 1 dibenarkan rehat dan diikuti dengan murid Tahap 2 pada pukul 9.45 pagi.
Kemudian, pada pukul 10.30 pagi, murid-murid diberi makanan dan minuman hari raya di kelas masing-masing oleh guru kelas dan guru KAFA serta mereka menjamu selera di kelas masing-masing.
Akhirnya, pada lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, guru-guru dan kakitangan menjamu selera dengan pelbagai juadah hari raya di dewan Tun Teja. Sambil makan guru-guru dan kakitangan dihiburkan dengan nyanyian live oleh Cikgu  Mohd Faris bin Razali (guru ganti-menggantikan En. Mohd Zaki) dengan dendangan 2 buah lagu nasyid. Bacaan Al Fatihah dan Al Ikhlas oleh seorang adik kecil iaitu anak guru. Adik tersebut ialah adik Mohd Amirul Zaini bin Hasanudin. Guru-guru seterusnya dihiburkan lagi dengan dendangan lagu raya dari CD. Majlis bersurai lebih kurang pukul 1.30 petang.