KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Sunday, February 28, 2010

MAJLIS LAMBAIAN KASIH PK 1

Suatu majlis lambaian kasih sempena persaraan Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Haji Ab Aziz bin Awang telah diadakan pada 28 Februari 2010, jam 7.45 pagi di medan perhimpunan sekolah. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu oleh murid-murid, iaitu seperti biasa lagi Negaraku, Selamat Sultan, dan Lagu Sekolah. Kemudian bacaan doa oleh pengawas sekolah, diikuti dengan ucapan guru bertugas mingguan, ucapan Penolong Kanan HEM, bacaan periwayatan PK 1 oleh Pn. Azizah bt Samat, ucapan wakil guru iaitu Penolong Kanan KoKurikulum, ucapan YDP PIBG Tuan Haji Che Amin bin Sulong, ucapan wakil murid iaitu Ketua Murid adik Mohd. Iqbal bin Kasim, dan ucap utama oleh Tn. Hj Ab Aziz bin Awang. Majlis diteruskan dengan selawat nabi s.a.w.,dan bacaan doa khas oleh Ustaz Mohd Shaifudin bin Ibrahim. Kemudian disampaikan hadiah-hadiah daripada beberapa pihak di sekolah kepada PK 1, dan majlis diakhiri dengan murid-murid bersalaman dengan PK 1.




Majlis kemudian disambung pada waktu tengahari jam 1.15 dengan menghantar PK 1 ke rumahnya. Murid-murid beratur dan melambai pada mantan PK 1, dan beliau dibawa ke rumahnya dengan diiringi oleh guru-guru lain terus ke rumahnya berhampiran dengan Sekolah Menengah Beris Panchor. Di sana guru-guru lelaki dijemput bersembahyang hajat, dan sama-sama menikmati juadah yang disediakan di rumah beliau. "Terima kasih Cikgu Haji".
Bunga selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun bertemu juga





Tuesday, February 23, 2010

KEMPEN MENANGANI GEJALA DISIPLIN MURID

Kempen menangani gejala disiplin murid telah diadakan pada 21 Februari 2010 hari Ahad pada pukul 7.45 pagi iaituwaktu perhimpunan pagi sekolah. Rasional mengadakan kempen ini:
"Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu, disiplin pelajar hendaklah sentiasa mantap."
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Selamat Sultan, dan lagu Sekolah, kemudian bacaan doa, ucapan aluan oleh En. Ruslan bin Mohamad Guru Besar SKT, ucap utama oleh Tuan Haji Mohd Zain bin Abdul Hamid, Penyelia Kanan (Disiplin), JPN Kelantan, dan diakhiri dengan bacaan ikrar oleh pelajar.




Sunday, February 14, 2010

Kursus LDP 5 2009

Kursus Pengurusan Panitia dan sumbangsaran Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan


Kursus ini telah dijalankan pada 03 Oktober 2009 hari Sabtu pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang, iaitu selepas cuti hari raya puasa.

Kursus ini dibahagikan kepada 4 slot. Slot pertama ialah taklimat oleh Guru Besar tentang pengurusan panitia yang betul dan terkini. Slot kedua guru-guru berbincang bagaimana untuk mengadakan pengurusan panitia yang betul. Slot ketiga taklimat dari Penolong Kanan Pentadbiran tentang teknik pengajaran dan pembelajaran