KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Wednesday, June 25, 2008

KURSUS PENGGUNAAN MICROSOFT POWERPOINT FASA 3

Kursus Fasa 3 telah diadakan pada 14 Jun 2008, hari Sabtu selepas sekolah buka selepas bercuti selama 2 minggu. Kursus ini juga telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga ke pukul 4.00 petang. Pengisian kursus ini adalah berkisar tentang cara-cara meletakkan Folder dan mencari Folder, cara-cara memasukkan video secara boleh dikawal (diberhentikan, dipause, dilaraskan) dengan memasukkan video player ke dalam persembahan Powerpoint, dan membuat hyperlink ke slaid lain, ke fail lain dan ke laman web tertentu.

Kursus kali ini disampaikan oleh Fasilitator iaitu Cikgu Saiful Marsidi bin Sidek. Di slot terakhir ada persembahan dari peserta kursus yang mempersembahkan persembahan Powerpoint tentang keluarga guru berkenaan.

Di antara gambar-gambar dalam kursus tersebut ialah :



Tuesday, June 3, 2008

KURSUS KEDUA


  • KURSUS PENGGUNAAN APLIKASI MICROSOFT POWERPOINT DALAM PENDIDIKAN (FASA 2)

Kursus Fasa 2 ini telah diadakan pada 17 Mei 2008 hari Sabtu dari pukul 8.00 pagi hingga ke pukul 4.00 petang. Kursus kali ini ialah tentang cara-cara untuk memasukkan gambar, movie, sound, table, diagram dan charts ke dalam Powerpoint. Kemudian pada slot seterusnya Fasi mengajar mengenai cara untuk mendinamikkan hasil persembahan dengan memasukkan custom animation untuk setiap item yang difikirkan perlu dan sesuai.



Pada slot petang telah diadakan suatu persembahan dari peserta kursus di mana salah seorang peserta kursus telah mempersembahkan slaid untuk subjek Bahasa Melayu Tahun 2.



Di antara gambar-gambar dalam kursus tersebut :




Guru Besar pun sedang mengikuti kursus.





Fasilitator Kursus Fasa 2 - Pn. Nor Azora Bt Che Amin


Tuesday, May 27, 2008

KURSUS-KURSUS DI S. K. TANGOK





KURSUS PERTAMA
  • KURSUS PENGGUNAAN MICROSOFT POWERPOINT DALAM PENDIDIKAN (FASA I)

Kursus Fasa I ini telah diadakan pada 10 Mei 2008 hari Sabtu dari pukul 8.00 pagi hingga 4 petang. Kursus ini melibatkan kesemua 39 orang guru di S. K. Tangok dengan fasilitator yang terdiri dari guru-guru yang mahir dalam Powerpoint dan dilantik oleh Pengurus sekolah seramai 4 orang iaitu En. Sumardi bin Ismail, Pn. Rohzilawati bt Sulaiman, Pn. Nor Azora bt Che Amin, dan En. Saiful Marsidi bin Sidek. Kursus ini diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa ICT dan LDP sekolah.

Pengisian kursus Fasa I ini adalah tentang ciri-ciri untuk menghasilkan Powerpoint yang berkesan, features yang ada dalam menu bar, dan contoh-contoh persembahan Powerpoint yang telah dihasilkan di peringkat sekolah, PPD ataupun dari jabatan lain.

Di antara gambar-gambar yang telah diambil :



Fasilitator Pertama : En. Sumardi bin Ismail


Fasilitator Kedua - Pn. Rohzilawati bt Sulaiman









Tuesday, April 22, 2008

KURSUS DALAMAN S. K. TANGOK









Blog ini adalah disediakan untuk memaparkan laporan aktiviti kursus dalaman yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Tangok. Sekolah ini mempunyai 39 orang guru dengan bangunan sebanyak 3 blok 2 tingkat.



Disediakan oleh :


Penyelaras LDP