KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Saturday, December 22, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG S.K. TANGOK 2012 KALI KE-20

Pada 13 Oktober 2012 (Sabtu) telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG S.K. Tangok 2012 Kali ke-20. Tentatif majlis bermula pukul 2.00 petang dengan pendaftaran ibu bapa di kaunter khas. Mesyuarat dimulakan tepat jam 2.30 petang. Kemudian mesyuarat terpaksa dihentikan sementara untuk memberi ruang pada acara sambutan sempena ketibaan Dato' Dr. Awang Adek bin Hj Hussin pada lebih kurang pukul 3.30 petang. Pihak sekolah menyambut dengan pasukan bag pipe band yang didatangkan khas dari Angkatan Tentera Malaysia Kem Desa Pahlawan dan muzik kompang gamelan sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke dewan sekolah.
Majlis perasmian Mesyuarat Agung dimulakan di pentas dengan bacaan doa, ucapan YDP PIBG S.K. Tangok, ucapan Puan Rohani Guru Besar S.K. Tangok, ucapan perasmian oleh Y.B. Dato' Dr Awang Adek, penyampaian hadiah kepada murid cemerlang UPSR 2011, penyampaian anugerah Tokoh PBS, majlis penyampaian KWAPM, dan penyampaian sumbangan serta sijil kepada AJK PIBG.
Setelah majlis perasmian tamat, mesyuarat Agung PIBG diteruskan lagi sehingga tamat semua agendanya dan mesyuarat tamat lebih kurang pukul 5.30 petang. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya.



MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pada 8 September 2012 (Sabtu), telah diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah. Majlis bermula seawal pukul 7.45 pagi di medan perhimpunan. Acara dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan dendangan beberapa buah lagu raya, ucapan Puan Guru Besar, dan seterusnya murid-murid dalam barisan yang terkawal bersalaman dengan semua guru. Kemudian, murid-murid masuk ke kelas. Pada pukul 9.15, murid Tahap 1 dibenarkan rehat dan diikuti dengan murid Tahap 2 pada pukul 9.45 pagi.
Kemudian, pada pukul 10.30 pagi, murid-murid diberi makanan dan minuman hari raya di kelas masing-masing oleh guru kelas dan guru KAFA serta mereka menjamu selera di kelas masing-masing.
Akhirnya, pada lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, guru-guru dan kakitangan menjamu selera dengan pelbagai juadah hari raya di dewan Tun Teja. Sambil makan guru-guru dan kakitangan dihiburkan dengan nyanyian live oleh Cikgu  Mohd Faris bin Razali (guru ganti-menggantikan En. Mohd Zaki) dengan dendangan 2 buah lagu nasyid. Bacaan Al Fatihah dan Al Ikhlas oleh seorang adik kecil iaitu anak guru. Adik tersebut ialah adik Mohd Amirul Zaini bin Hasanudin. Guru-guru seterusnya dihiburkan lagi dengan dendangan lagu raya dari CD. Majlis bersurai lebih kurang pukul 1.30 petang.
 

PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2012

Bulan kemerdekaan di sekolah kebangsaan Tangok telah diadakan dari 12 Ogos hingga 16 September 2012. Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 12 Ogos (Ahad), di medan perhimpunan.  Acara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan oleh Puan Rohani Guru Besar SKT, gimik pelancaran iaitu dengan pemasangan jalur gemilang pada 4 buah kenderaan oleh Puan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Puan Hajjah Gayah. Gimik pelancaran telah diadakan di Dewan Tun Teja oleh kerana hari hujan. Seterusnya, disambung dengan acara nyanyian jalur gemilang dan lagu Tanggal 31. Semua murid dan guru mengibarkan jalur gemilang bersama-sama.
Kemudian, pada 14 Ogos telah diadakan Pertandingan melukis dan mewarna untuk murid Tahap 1 dan 2. Juga telah diadakan acara mewarnakan Bendera Gergasi kategori Tahap 1 dan 2, di mana murid-murid mewarnakan dua helai bendera setiap satunya bersaiz 2 x 4 meter. Bendera-bendera juga telah sentiasa dikibarkan sepanjang bulan kemerdekaan tersebut di persekitaran sekolah.