KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Saturday, December 22, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG S.K. TANGOK 2012 KALI KE-20

Pada 13 Oktober 2012 (Sabtu) telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG S.K. Tangok 2012 Kali ke-20. Tentatif majlis bermula pukul 2.00 petang dengan pendaftaran ibu bapa di kaunter khas. Mesyuarat dimulakan tepat jam 2.30 petang. Kemudian mesyuarat terpaksa dihentikan sementara untuk memberi ruang pada acara sambutan sempena ketibaan Dato' Dr. Awang Adek bin Hj Hussin pada lebih kurang pukul 3.30 petang. Pihak sekolah menyambut dengan pasukan bag pipe band yang didatangkan khas dari Angkatan Tentera Malaysia Kem Desa Pahlawan dan muzik kompang gamelan sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke dewan sekolah.
Majlis perasmian Mesyuarat Agung dimulakan di pentas dengan bacaan doa, ucapan YDP PIBG S.K. Tangok, ucapan Puan Rohani Guru Besar S.K. Tangok, ucapan perasmian oleh Y.B. Dato' Dr Awang Adek, penyampaian hadiah kepada murid cemerlang UPSR 2011, penyampaian anugerah Tokoh PBS, majlis penyampaian KWAPM, dan penyampaian sumbangan serta sijil kepada AJK PIBG.
Setelah majlis perasmian tamat, mesyuarat Agung PIBG diteruskan lagi sehingga tamat semua agendanya dan mesyuarat tamat lebih kurang pukul 5.30 petang. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya.



MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pada 8 September 2012 (Sabtu), telah diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah. Majlis bermula seawal pukul 7.45 pagi di medan perhimpunan. Acara dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan dendangan beberapa buah lagu raya, ucapan Puan Guru Besar, dan seterusnya murid-murid dalam barisan yang terkawal bersalaman dengan semua guru. Kemudian, murid-murid masuk ke kelas. Pada pukul 9.15, murid Tahap 1 dibenarkan rehat dan diikuti dengan murid Tahap 2 pada pukul 9.45 pagi.
Kemudian, pada pukul 10.30 pagi, murid-murid diberi makanan dan minuman hari raya di kelas masing-masing oleh guru kelas dan guru KAFA serta mereka menjamu selera di kelas masing-masing.
Akhirnya, pada lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, guru-guru dan kakitangan menjamu selera dengan pelbagai juadah hari raya di dewan Tun Teja. Sambil makan guru-guru dan kakitangan dihiburkan dengan nyanyian live oleh Cikgu  Mohd Faris bin Razali (guru ganti-menggantikan En. Mohd Zaki) dengan dendangan 2 buah lagu nasyid. Bacaan Al Fatihah dan Al Ikhlas oleh seorang adik kecil iaitu anak guru. Adik tersebut ialah adik Mohd Amirul Zaini bin Hasanudin. Guru-guru seterusnya dihiburkan lagi dengan dendangan lagu raya dari CD. Majlis bersurai lebih kurang pukul 1.30 petang.
 

PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2012

Bulan kemerdekaan di sekolah kebangsaan Tangok telah diadakan dari 12 Ogos hingga 16 September 2012. Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 12 Ogos (Ahad), di medan perhimpunan.  Acara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan oleh Puan Rohani Guru Besar SKT, gimik pelancaran iaitu dengan pemasangan jalur gemilang pada 4 buah kenderaan oleh Puan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Puan Hajjah Gayah. Gimik pelancaran telah diadakan di Dewan Tun Teja oleh kerana hari hujan. Seterusnya, disambung dengan acara nyanyian jalur gemilang dan lagu Tanggal 31. Semua murid dan guru mengibarkan jalur gemilang bersama-sama.
Kemudian, pada 14 Ogos telah diadakan Pertandingan melukis dan mewarna untuk murid Tahap 1 dan 2. Juga telah diadakan acara mewarnakan Bendera Gergasi kategori Tahap 1 dan 2, di mana murid-murid mewarnakan dua helai bendera setiap satunya bersaiz 2 x 4 meter. Bendera-bendera juga telah sentiasa dikibarkan sepanjang bulan kemerdekaan tersebut di persekitaran sekolah.

Wednesday, September 19, 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012

Pada 16 Mei 2012 (Rabu) telah diadakan sambutan Hari Guru serentak bagi para guru seluruh Malaysia. Sambutan di Sekolah Kebangsaan Tangok telah bermula seawal 7.45 dengan acara-acara seperti nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah, diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Daud bin Deraman, ucapan Ketua Murid, ucapan aluan Puan Guru Besar,ucapan wakil guru Pn. Normahani bt Norman, bacaan perutusan KPPM oleh Penolong Kanan Ko, bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malysia oleh Puan Guru Besar, bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh cikgu Mohd Hasani bin Awang. Kemudian diikuti pula dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru oleh semua guru S.K. Tangok.
Majlis diteruskan pula  di Dewan Tun Teja dengan acara Senamrobik dan acara permainan padang untuk semua guru. Guru-guru telah menyertai permainan melontar bola ke dalam bakul sampah, membaling gelung rotan supaya dapat melingkari skitel, dan menjaring bola jaring. Setelah itu, majlis berhenti rehat selama 1 jam untuk memberi peluang pada murid rehat.
Pada lebih kurang pukul 10.45 pagi, acara disambung semula . Di dewan diadakan nyanyian nasyid oleh murid-murid, diikuti dengan pengumuman keputusan cabutan kategori guru iaitu Guru Inovatif, Guru Popular, Guru Dedikasi serta acara memotong kek Hari Guru. Kemudian, acara ditamatkan dengan jamuan untuk semua guru.







Monday, August 13, 2012

KEM KECEMERLANGAN DAN CAKNA IBUBAPA MURID-MURID TAHUN 6 2012

Pada 26 April 2012 (Khamis) telah diadakan majlis perasmian untuk Kem Kecemerlangan dan Cakna Ibubapa Murid Tahun 6 2012 di Dewan Tun Fatimah SK Tangok pada pukul 2.30 petang. Majlis itu telah dirasmikan oleh YBHG Dato' Mohd Zaidi bin Hj Sidek selaku Penyelaras Dun Perupok merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bachok. Kem Kecemerlangan tersebut  telah berlangsung pada 26, 27 dan 28 April. Slot-slotnya telah diisi oleh sesi ceramah teknik menjawab soalan, makan tengahari, riadah petang dan diselang-seli oleh solat.
Dalam Majlis perasmian itu, acara-acaranya ialah ucapan aluan Guru Besar, ucapan perasmian oleh Dato' Mohd Zaidi bin Haji Sidek dan diakhiri oleh acara penyampaian hadian kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam UBB ke2.

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Thn1 Sekolah Berkelompok PPD Bachok 2012

Pada 26 Mac 2012 (Isnin) pukul 2.00 petang telah diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 1 Sekolah-sekolah Berkelompok PPD Bachok 2012 di Dewan Tun Teja SK Tangok. Majlis itu telah dirasmikan oleh YBRS Dato' Mohd Zaidi bin Hj Sidek selaku Penyelaras Dun Perupok merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bachok.
Majlis bermula pukul 2.00 petang dengan pendaftaran Ibu bapa mengikut sekolah di kaunter-kaunter yang telah disediakan oleh sekolah masing-masing, iaitu SK Sg Dua, SK Kandis, SK Badak dan SK Tangok sendiri.Kemudian, acara diteruskan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Shaipudin, ucapan Pengerusi ZonPend2 iaitu Tuan Haji Ibrahim bin Omar, Guru Besar SK Badak, seterusnya ucapan perasmian oleh YBRS Dato' Mohd Zaidi bin Hj Sidek dan akhirnya majlis penyampaian bantuan awal persekolahan Tahun 1 kepada murid-murid Tahun 1 untuk SK Tangok, SK Sungai Dua, SK Kandis dan SK Badak.

Thursday, July 12, 2012

UPSR SMARTSHIP SCHOOL IMPROVEMENT PROGRAMME 2012

Pada 7 Mac 2012 (Rabu) telah dilaksanakan satu majlis perjumpaan ibubapa murid tahun 6 dan guru-guru tahun 6 yang dinamakan sebagai "UPSR SMARTSHIP SCHOOL IMPROVEMENT PROGRAMME 2012". Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Tun Teja yang mana tujuannya adalah untuk mewarwarkan aktiviti-aktiviti untuk kejayaan UPSR dan perbincangan bersama ibubapa murid thun 6 dan guru-guru subjek. Majlis dimulakan pada jam 11.30 pagi dengan bacaan doa, ucapan wakil PIBG, ucapan Guru Besar, penyampaian insentif kepada murid yang mendapat 5A dan 4A bagi UBB 1, percambahan minda ibubapa dan guru dan jamuan ringan.
Di antara aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah ialah:
1.Kelas Insentif Berfokus Motivasi Bestari Penyayang - bermula Januari
2.Bestari Solat Hajat - setia Khamis bermula Februari
3.Kelas Permata "5 bintang A" - bermula Mac
4.Ceramah/Kem Teknik Menjawab soalan UPSR - bermula April
5.Motivasi UPSR Siri 1 dan Jadual Pintar UPSR - Mei
6.Smart Kem murid Tahun 6 - Jun
7.Majlis Restu Ilmu UPSR, Solat Hajat Perdana, Majlis Penyampaian Keputusan UPSR - bermula Ogos
8.Program Golden Holiday dan Kelas Permata Delima - November dan Disember.


Wednesday, July 11, 2012

MAJLIS PELANCARAN BULAN DISIPLIN DAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Tangok, khasnya badan disiplin dan pengawas sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk memenuhi bulan Dsiplin sekolah. Majlis pelancarannya telah diadakan pada 26 Februari (Ahad) di Dewan Tun Teja,di mana tentatifnya adalah nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah, bacaan doa, ucapan aluan Guru Besar, ucapan perasmian dan pelantikan oleh pegawai polis, penyampaian watikah perlantikan pengawas, penyampaian cenderahati dan ikrar Ketua Pengawas.
Dalam minggu pertama, aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah Ceramah Operasi Kekemasan Diri oleh cikgu Mohd Hasani bin Awang pada 28 Februari dan pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Gunong pada 29 Februari.
Dalam minggu kedua pula, di antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah Taklimat Unit Disiplin oleh cikgu Mohd Yatimi bin Sidi pada 4 Mac dan Pertandingan Kelas Tanpa Ponteng yang diuruskan oleh cikgu Mohd Rizani bin Yusof pada 5 Mac.
Seterusnya dalam minggu ketiga pula, telah diadakan Ceramah Keselamatan Jalan Raya oleh cikgu Mohd. Azmi bin Razak pada 18 Mac, dan pertandingan Melukis Poster telah dilaksanakan pada 20 Mac yang diselaraskan oleh cikgu Nazarudin bin Majid.
Manakala pada minggu terakhir pula, telah diadakan Pertandingan Kelas Tanpa Ponteng iaitu pada 25 Mac yang telah diurus oleh Ustaz Daud bin Deraman, Ceramah Kesihatan Diri telah disampaikan oleh cikgu Haji Sumardi bin Ismail pada 27 Mac, dan bulan disiplin berakhir dengan Majlis Penutup Bulan Disiplin oleh Guru   Besar Puan Rohani bt Makhtar pada 29 Mac 2012 (Khamis).
Majlis Penutup bermula pada pukul 12.00 tengahari di dataran perhimpunan. Aturcara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan PK HEM Puan Hajjah Nor Azilawati, ucapan perasmian penutup oleh Guru Besar Puan Rohani dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan melukis poster dan pertandingan kelas tanpa ponteng.



















Tuesday, July 10, 2012

Majlis Lambaian kasih Puan Hajah Hasmah

Pada 19 Mac, 2012, satu majlis lambaian kasih sempena persaraan cikgu Hajjah Hasmah bt Mohamad telah diadakan bermula pada jam 11.00 pagi. Di mana acara pada hari tersebut di antaranya ialah ucapan Puan Guru Besar, tayangan video Lambaian kasih ...jasamu dikenang, ucapan cikgu Hajjah Hasmah, penyampaian hadiah dari guru dan murid serta unit unit tertentu sekolah. Majlis berakhir dengan jamuan makan untuk semua guru di dewan Tun Fatimah di sekolah.





Monday, February 20, 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pada 11 Februari, 2012 (Sabtu) telah diadakan satu Majlis sambutan Maulidur rasul. Aturcara telah dimulakan pada pukul 10 pagi iaitu selepas murid-murid rehat. Acara diadakan di dewan terbuka sekolah, bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Saipudin, ceramah maulidurRasul oleh Ustaz Abdul Aziz bin Mat Nor, makan untuk def, persembahan nasyid, perarakan selawat di padang sekolah dan diakhiri dengan jamuan untuk murid serta guru. Hadiah-hadiah untuk Kuiz disampaikan pada hari perhimpunan Ahad 12 dan 19 Februari.

 












Sunday, February 19, 2012

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2011

Pada 17 November 2011, keputusan UPSR telah keluar. Sekolah telah mengumumkannya di dewan tertutup sekolah. Seramai 116 calon UPSR tahun 2011 dan 11 orang mendapat 5A, 16 orang 4A dengan peratus amnya 71.3%. Murid-murid 5A ialah Ahlami Wahda bt Ayob, M.Luqman Arif b. M.Radin, Nur Khairunnisa bt Mohamad, M.Arif bin M.Zawawi, Nik Nur Adlina Izreen bt.M.Azizi, Nor Basirah bt Othman,  W.Ahmad Amirul Aqid b.Azahar, M.Azizi b. Che Azid, M.Daniel Hambali b.Azman, Nur Afina bt M.Jurik,dan Umar Saadeq b. M.Zaki. Pencapaian untuk subjek B.Melayu Pemahaman ialah 95.7%, B.Melayu Penulisan 83.5%, B.Inggeris 87.0%, Matematik 93.9% dan Sains 99.1%.Pelajar-pelajar yang mendapat 5A bergambar bersama keluarga dan Guru Besar di dewan sekolah.



Wednesday, February 8, 2012

SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011

Pada 17 Oktober 2011 (Isnin), telah diadakan sambutan bulan bahasa kebangsaan. Sambutan diadakan di medan perhimpunan sekolah yang dimulakan dengan bacaan doa, bacaan perutusan TPM, Ikrar Setia Bahasa oleh guru, nyanyian lagu "Bahasa Jiwa Bangsa" oleh murid dan guru diiringi lagu dari CD, deklamasi sajak dan bacaan pantun oleh murid.

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 20 Oktober 2011 (Khamis), telah diadakan Majlis Khatam Al-Qur'an peringkat sekolah. Majlis bermula pada pukul 10 pagi di mana murid-murid berkumpul di medan perhimpunan. Apabila tibanya En. Mohd Zin bin Yaacob dari PPD Bachok, murid-murid berarak mengiringi beliau sambil berselawat dan bergerak masuk ke dewan tertutup sekolah. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Saifudin bin Ibrahim, ucapan aluan oleh Puan Guru Besar Puan Rohani, ucapan perasmian oleh En. Mohd Zin dan diikuti oleh bacaan AlQur'an. Majlis khatam kemudian bermula diketuai oleh Fatih Ustaz Zahari bin Yusof. Lebih kurang pukul 12 tgh, sijil kepada peserta dan cenderahati disampaikan.