KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Tuesday, March 8, 2011

Majlis Perasmian Sessi Persekolahan 2011 & Solat Hajat

Pada 6 Januari 2011, satu majlis perasmian sessi persekolahan 2011 telah diadakan di medan perhimpunan sekolah tepat jam 7.45 pagi. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Saifuddin Ibrahim. Kemudian, diteruskan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. Seterusnya, ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar. Kemudian, diikuti oleh ucapan YDP PIBG Tn Hj Che Amin @ Muhammad bin Sulong. Seterusnya, ucapan wakil PPD iaitu Pn. Siti Zainon bt Mat PPDB Unit Pembangunan Kemanusian. Selepas itu, bacaan ikrar oleh semua guru yang diketuai oleh En. Mohd Yatimi bin Sidi.

Kemudian, bacaan ikrar oleh murid yang diketuai oleh ketua pengawas iaitu Adik Muhamad Arif bin Mohd Zawawi. Seterusnya, solat hajat dilaksanakan di bilik musalla sekolah di tingkat 3 bangunan baru.
                                 

Sunday, March 6, 2011

Sukaneka sekolah 2010

Pada tahun 2010 ini, pihak pengurusan Ko-kurikulum sekolah telah mengadakan Sukaneka iaitu pada 28 Oktober, 2010. Semua murid berkumpul di medan perhimpunan tepat jam 7.45 pagi lengkap dengan pakaian baju T sekolah dan berseluar treks. Setiausaha Sukan Ustaz Zahari, menyampaikan taklimat ringkas tentang tentatif sukaneka. Seterusnya, acara dimulakan di padang sekolah dengan acara Lari dalam guni, dan tarik bola dengan gelung rotan.
Acara dihentikan sebentar untuk memberi laluan kepada perasmian oleh Penyelia Pelajaran Daerah Bachok En.Mohd. Yusof, dari Unit Dadah PPDB. Kemudian acara disambung semula dengan bawa bola ping pong dengan sudu. Majlis berhenti rehat selama setengah jam. Kemudian disambung lagi dengan acara isi air dalam botol dan tarik tali antara rumah. Semua acara selesai lebih kurang pukul 3.00 petang.









                          

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010

Satu majlis sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan telah diadakan di sekolah pada 27 Oktober, 2010. Ianya diadakan di medan perhimpunan sekolah bermula pukul 7.45 pagi. Acara dimulakan dengan nyanyian 3 bual lagu iaitu lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. Kemudian Al Fadhil Ustaz Saipudin memimpin bacaan doa. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa' oleh pasukan koir sekolah. Seterusnya, 2 orang murid mendeklamasikan sajak berunsur bahasa kebangsaan dengan iringan muzik latar.


Majlis Izin Ilmu Pelajar Tahun 6

Pada 19 September, 2010, telah diadakan satu majlis izin ilmu untuk pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan pada 21 September. Majlis diadakan selepas perhimpunan mingguan. Semua murid tahun 6 bersalaman dan memohon maaf serta izin ilmu dari semua guru yang berbaris di bahagian depan medan perhimpunan. Kemudian, semua pelajar telah disuapkan pulut semangat oleh Tuan Guru Besar dan Penolong Kanan- penolong kanan.

Projek menceriakan makmal komputer

Selepas peperiksaan UPSR, penyelaras ICT (makmal komputer) Pn. Nor Azora telah mengarahkan murid-murid tahun 6 untuk melukis mural di dinding luar makmal komputer. Aktiviti ini dijalankan sewaktu tempoh waktu subjek Sains untuk kelas yang berkenaan. Guru telah menyediakan contoh lukisan mural di atas kertas A4 yang dipetik dari internet. Murid mengecat mural mengikut kumpulan-kumpulan yang ditentukan oleh guru. Cat mural, cat dinding simen, berus cat telah disediakan oleh guru.


                                                                                       

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri sekolah

Pada 30 September 2010, telah diadakan sambutan hari raya Aidil Fitri di Sekolah Kebangsaan Tangok. Acara dimulakan dengan murid-murid berkumpul di medan perhimpunan tepat jam 7.45 pagi. Guru menerangkan tentatif untuk majlis pada hari tersebut. Kemudian murid diarah memasuki dewan dan disusun oleh guru yang bertugas untuk kawalan murid pada hari itu. Di situ, diadakan pertandingan menyanyi karaoke  lagu hari raya dan bersajak untuk murid. Beberapa orang murid dan kumpulan murid telah mengambil bahagian. Guru-guru yang menyedia dan mengawal lap top, LCD projektor dan speaker box ialah Pn. Nor Azora, Tn. Hj Sumardi dan pengacara majlis ialah Pn Hjh Azizah bt Samat. Acara ini berterusan hingga ke pukul 12.30 tengahari.
Kemudian, murid-murid dijamu dengan nasi minyak mengikut kelas masing-masing. Mereka juga membawa kuih-muih sendiri untuk melengkapkan lagi jamuan selera yang diadakan.









Pada masa yang sama, guru-guru menghidangkan set-set menu mengikut kumpulan guru yang ditetapkan. Dan, semua guru dijemput makan dan menjamu selera sehingga kenyang.