KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Monday, March 29, 2010

AKTIVITI ANTI DADAH SEKOLAH

Pelancaran program anti dadah telah diadakan pada 21 Mac 2010 pada masa perhimpunan sekolah. Di antara aktiviti pada hari itu ialah mendeklamasi sajak dan puisi tentang dadah. Suatu pertandingan melukis poster Anti Dadah telah diadakan minggu sebelumnya iaitu pada 11 Mac 2010, diikuti dengan ceramah Anti Dadah dan pameran Anti Dadah AADK Bachok pada 25 Mac 2010 pukul 8.30 pagi. Ceramah disampaikan oleh Ketua AADK Bachok Encik Salim. Beliau telah menyampaikan ceramahnya dengan menarik dan dibantu dengan Powerpoint dan LCD projektor, di dewan terbuka SK Tangok. Setelah ceramah berakhir pada pukul 10.00 pagi, acara penyampaian hadiah kepada murid-murid yang memenangi pertandingan mewarna dan melukis poster dadah.Kemudian, murid dibenarkan untuk melihat pameran Anti Dadah yang dibawa khas oleh pegawai-pegawai dari AADK Bachok.


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 11 Mac 2010 di dewan terbuka sekolah. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu oleh murid-murid iaitu lagu Negaraku, lagu Selamat Sultan, dan lagu sekolah. Kemudian bacaan doa khas oleh Al- Fadhil Ustaz Zahari bin Yusof, ucapan ringkas Pengerusi Majlis, ucap utama oleh Tuan Guru Besar, dan ceramah Maulidur Rasul oleh Al-Fadhil Ustaz Saifuddin bin Ibrahim. Setelah itu murid-murid dibenarkan rehat secara berperingkat mengikut tahap.



Acara disambung selepas rehat, dengan Pertandingan Melukis Poster di dewan terbuka untuk murid Tahap 2 dan Pertandingan Mewarna untuk murid Tahap 1 di kelas masing-masing. Jamuan disediakan untuk murid lebih kurang pukul 12.45 petang di kantin sekolah. Jamuan untuk guru-guru disediakan di bilik darjah 6 Amanah.

Sunday, March 28, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-18 telah diadakan pada 25 Mac 2020 pukul 2.30 petang, bertempat di dewan terbuka SK Tangok. Mesyuarat ini dihadiri oleh Encik Ibrahim bin Omar, Penyelia Pelajaran (Unit Ko-kurikulum) dan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Zain bin Yasin, Penolong Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok. Setelah ucapan-ucapan selesai, mesyuarat PIBG dimulakan lebih kurang pukul 5.30 petang, dan berakhir lebih kurang jam 6.15 petang dengan jamuan untuk YDP PIBG dan AJKnya bersama dengan Guru Besar dan guru--guru Sekolah Kebangsaan Tangok.

MAJLIS RAMAH MESRA

Satu Majlis Ramah Mesra iaitu perjumpaan guru-guru dan ibubapa murid Tahun 6 kali 1 telah dilaksanakan pada 22 Mac 2010 pukul 8.30 pagi di dewan terbuka sekolah. Perjumpaan ini dihadiri oleh hampir semua murid dan ibubapa masing-masing yang dipengerusikan oleh En. Zulbahri bin Salleh selaku Setiausaha UPSR sekolah.

Dalam majlis ini Guru Besar dan En. Zulbahri telah membincangkan tentang kesediaan ibubapa untuk bersama sekolah merealisasikan program-program peningkatan UPSR, sikap ibubapa dalam menyediakan anak untuk menghadapi peperiksaan paling besar di sekolah rendah iaitu UPSR, dan kehadiran murid-murid ke sekolah dan ke kelas tambahan.

Majlis berakhir dengan jamuan ringan di bahagian belakang dewan terbuka sekolah, sambil ibubapa bertemu dengan guru-guru berkenaan untuk berbincang tentang anak mereka.


Sunday, March 7, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN NILAM HADIAH KUIZ PSS KALI 1 DAN ANUGERAH PINGAT SERTA SIJIL PEMBACA NILAM

Satu Majlis penyampaian hadiah Kuiz PSS Kali 1 dan Anugerah Pingat serta Sijil Pembaca Nilam peringkat sekolah, telah diadakan pada 7 Mac 2010 hari Ahad pukul 7.45 pagi dalam waktu perhimpunan. Di samping perhimpunan pagi biasa telah diselitkan dengan aturcara tersebut. Murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 6 telah menerima hadiah Kuiz PSS dari Guru Besar.


Kemudian, Guru Besar juga menyampaikan anugerah pingat serta Sijil Pembaca Nilam. Pingat Emas dimenangi oleh adik Siti Nurfitrina bt Rakpi dari kelas 4 Amanah, pingat Perak dimenangi oleh adik Nur Fathin bt Patma juga dari kelas 4 Amanah, dan pingat Gangsa dimenangi bersama oleh 2 orang murid, iaitu adik Nur Amira Aqilah juga dari kelas 4 Amanah dan adik Nurul Ain Jannah dari kelas 3 Amanah.



Wednesday, March 3, 2010

PESTA KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSK ZON PEN 2 PPD BACHOK

Pada 1hb Mac 2010, seramai 18 buah pasukan sepak takraw yang mewakili 9 buah sekolah, telah hadir ke gelangang sepak takraw SK Tangok bagi menyertai pertandingan sepak takraw zon pen 2 PPD Bachok. Pertandingan bermula seawal jam 2.30 petang. Pertandingan berlangsung dalam suasana yang muhibbah dan penuh semangat kesukanan. Tahniah kepada pihak pengurusan ko kurikulum SK Tangok selaku pengelola pertandingan. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung terutma para pengurus pasukan dan para pengadil. Tahniah dan syabas! kepada pasukan yang berjaya iaitu pasukan SK Chantum yang akan mewakili zon pen 2 ke peringkat seterusnya.Pasukan dari SK Tangok memenangi tempat ketiga MAJULAH SUKAN UNTUK KESIHATAN.

PERLAKSANAAN LATIHAN GURU SECARA SCHOOL-BASED 2010

Surat Siaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 23 Julai 2009 bertajuk Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2010 dan 2011 telah mencadangkan bagi tujuan penjimatan, kaedah conventional face to face diganti dengan kaedah blended approach seperti program Mentor-Mentee, Peer Coachig dan Book Review untuk dilaksanakan di sekolah.

Oleh itu,bagi tahun 2010 strategi pelaksanaan latihan guru secara school-Based akan dilaksanakan mulai Februari 2010 kepada semua sekolah adalah seperti berikut :

In House Training yang telah dilaksanakan hendaklan diteruskan dan kaedah Book Review dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah in house training bagi mencukupi jumlah kursus selama 7 hari. Sebagai panduan pihak sekolah bagi melaksanakan kursus secara Book Review.

Garis Panduan Pelaksanaan boleh didapati dari laman web http://akademik2u.blogspot.com/

Bahagian Pendidikan Guru akan melaksanakan pemantauan terhadap kaedah blended approach dari semasa ke semasa secara rawak untuk memastikan Dasar Latihan Sumber Manusia dilaksanakan.

Tuesday, March 2, 2010

MURID SK TANGOK MENONTON LE TOUR DE LANGKAWI FASA 1

 Seramai lebih kurang 160 orang murid telah berbaris di tepi jalan raya untuk menyambut kehadiran pelumba-pelumba Le Tour De Langkawi pada 1  Mac 2010 jam 9.30 - 10.30 pagi. Beberapa  orang guru telah ditugaskan mengawal disiplin murid.