KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Thursday, November 12, 2009

Bengkel Pengoperasian LDP Setiausaha LDP sekolah Kelantan 2010

Tarikh : 10 - 13 November 2009.
Tempat : Hotel Mega View, Kuantan, Pahang.

Di Seraya Ball Room

Wednesday, November 11, 2009

Kursus LDP 4 2009

Kursus Pengurusan Fail, Pembentukan Sahsiah dan Etika Kerja.


Kursus ini telah dijalankan pada 25 Julai 2009 hari Sabtu. Kursus ini disampaikan oleh Tuan Guru Besar sendiri, En. Mohd Fadhli b. Jusoh (SPI,JPN Kelantan) dan En.Mohd Zain b. Yacob (UPI, PPD Bachok). Seperti biasa kursus hari itu dibahagikan kepada 3 slot iaitu slot pengurusan fail, slot ceramah pembentukan sahsiah guru dan slot ceramah tanggungjawab dan etika kerja.


Untuk slot pertama guru besar menyampaikan tentang pengurusan fail iaitu nombor-nombor siri dan rujukan untuk setiap fail seperti fail kurikulum, fail HEM dan fail kokurikulum. Slot kedua dipenuhi dengan ceramah pembentukan sahsiah guru secara Islamik mengikut profesion keguruan. Slot ketiga pula adalah tentang ceramah tanggungjawab guru dan etika kerja.


Di sini diterakan gambar kursus tersebut.



Kursus LDP 3 2009

Kursus Pengurusan Data dan Maklumat
Kursus LDP 3 telah diadakan pada 30 Mei 2009 hari Sabtu pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Kursus pada kali ini ialah tentang pengurusan maklumat dan data peringkat sekolah. Kursus ini disampaikan dan dimudahcarakan oleh 3 orang fasilitator, iaitu guru-guru di sekolah ini juga. Kursus ini dibahagikan kepada 3 slot.
Slot pertama ialah tentang pengurusan data EMIS. Slot ini disampaikan oleh Encik Sumardi bin Ismail, guru data sekolah. Dia menayangkan data peribadi semua guru dan meminta guru berkenaan memperbetulkan mana yang silap dan dia mendedahkan mengenai data sekolah serta peralatan ICT sekolah secara online.
Slot kedua pula mengenai data Sistem Maklumat Murid (SMM) yang disampaikan oleh Puan Rohzilawati bt Sulaiman. Dia menunjukkan cara-cara untuk menyedut senarai nama murid dari SMM mengikut kriteria yang dikehendaki seperti mengikut kriteria pendapatan ibubapa atau kriteria pencapaian murid atau lain-lain lagi.
Slot ketiga pula dipenuhi dengan bengkel menghasilkan modul pemarkahan Excell. Slot ini dimudahcarakan oleh Puan Nor Azora bt Che Amin. Dia menunjukkan carakan dan guru-guru mengikut langkah demi langkah sehingga siap satu hamparan elektronik senarai nama murid dengan grading markah auto, peratus lulus auto dan sebagainya.
Beberapa orang guru telah dapat menyiapkan senarai nama kelas mereka dengan segera.

Tuesday, June 16, 2009

Kursus LDP ke-2

Kursus Pendigitalan Bahan Bantu Mengajar
Kursus ini telah diadakan pada 25 April 2009 hari Sabtu seperti biasa. Kursus ini sebenarnya bertujuan membina modul pengajaran menggunakan Powerpoint, dipersembahkan secara individu dengan memaparkannya di skrin LCD projektor.
Seperti biasa, kursus ini melibatkan kesemua 41 orang guru S.K. Tangok. Fasilitator ialah En. Saiful Marsidi bin Sidek yang juga seorang guru di sekolah kami.
Pada slot pertama, beliau memberi pengenalan media iaitu tentang pengurusan folder dan fail. Pada slot kedua, beliau mengajar peserta membina modul pengajaran berkaitan subjek masing-masing di dalam fail ppt yang berbeza. Kemudian dihyperlinkkan fail-fail tersebut dalam satu folder.
Pada slot ketiga, guru-guru mempersembahkan modul yang dibina dengan menayangkan dengan LCD projektor.
Di antara situasi kursus adalah seperti berikut :




Monday, June 15, 2009

Kursus LDP ke-3

Kursus Pengurusan Data

Kursus ini telah dijalankan pada 30 Mei 2009 hari Sabtu. Kursus ini adalah berkaitan pengurusan data Sistem EMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM) , dan pengurusan modul pemarkahan ujian murid dengan Excell. Fasilitator yang terlibat ialah En. Sumardi bin Ismail, Pn. Rohzilawati bt Sulaiman, dan Pn. Nor Azora bt Hj Che Amin. Ketiga-tiganya merupakan guru di sekolah ini juga.
Slot pertama, guru data EMIS En. Sumardi memaparkan data maklumat guru untuk diperbetulkan dan disemak oleh semua guru. Kemudian data dikemaskini dan ditandatangani oleh guru-guru.
Slot kedua, guru SMM Pn. Rohzilawati mengajar cara untuk membuka perisian aplikasi HEM Ver 3 dan cara untuk membuat queri bagi menyedut senarai nama murid sesuatu kelas dengan maklumat lain seperti jantina, pekerjaan bapa dan sebagainya.
Slot ketiga, Pn. Nor Azora dan En. Sumardi mengajar cara untuk memasukkan markah, gred secara menggunakan formula, pengiraan bilangan murid mendapat gred A, B, C, D, dan E juga menggunakan formula. Dan juga, bilangan murid lulus dan peratus lulus serta bilangan murid gagal serta peratus gagal; juga menggunakan formula dalam perisian Excell. Guru-guru cuba menghasilkan satu senarai markah murid kelas mereka.
Di antara gambar situasi berkenaan adalah :


Monday, April 6, 2009

LAPORAN KURSUS TAHUN 2009

KURSUS 1 - KURSUS PENGGUNAAN EDUWEB TV DALAM P&P
Kursus ini telah diadakan pada 28 Mac 2009 hari Sabtu dari pukul 8.00 pagi hingga ke pukul 4.00 petang. Kursus disampaikan oleh fasi Puan Rohzilawati bt Sulaiman, guru cemerlang SK Tangok. Fasi telah memulakan dengan peserta membuat email sendiri menggunakan Gmail. Pada mulanya peserta dapat create email dengan berjaya, tetapi kemudiannya beberapa orang guru telah gagal mencipta email mereka. Fasilitator yang membantu ialah Puan Nor Azora bt Che Amin dan En. Saiful Marsidi bin Sidek, juga dari SK. tangok sendiri.
Slot kedua diteruskan dengan membuka laman EDUWEB TV dan mendaftar di sana.
Ramai guru tidak dapat masuk ke laman web EDUWEBTV disebabkan kesesakan talian laman tersebut.
Slot ketiga ialah HANDS ON Senarai Video dan Playlist. Di sini cuma ada beberapa orang guru sahaja dapat melihat senarai video.
Slot keempat ialah slot membuat lesson plan iaitu Model pengajaran pengintegrasian EDUWEB TV. Dalam slot ini peserta telah menyiapkan rancangan pengajaran dengan baik dan praktikal.
Pada slot keenam pula, seorang guru dapat mempersembahkan pengajarannya dengan mengintegrasikan EDUWEB TV dengan baik.
Di antara situasi pada kursus itu, digambarkan di bawah: