Aktiviti memotong rumput dilaksanakan oleh pekerja sekolah, dan murid-murid membersihkan keratan rumput tersebut, membakar sampah sarap di sekitar halaman masjid. Murid-murid perempuan pula menyapu, dan mengelap lantai masjid, serta membersihkan longkang masjid. Setelah masuk waktu fardhu Asar, guru-guru, orang kampung bersama murid-murid bersembahyang asar berjemaah. Aktiviti gotong-royong disambung lagi sehingga ke pukul 5.30 petang dan diakhiri dengan pengagihan nasi bungkus dengan air minuman kepada semua murid dan guru yang terlibat.