KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Thursday, September 22, 2011

Anugerah Nilam 2010 untuk Sekolah Kebangsaan Tangok

Sekolah Kebangsaan Tangok telah dikurniakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Anugerah Kualiti Dan Inovasi Sekolah-sekolah Kelantan Kategori Sekolah Luar Bandar untuk tahun 2010. Kami telah dihadiahkan dengan sebuah piala dan sekeping sijil. Tahniah untuk guru nilam sekolah dan pengurusan PSS sekolah amnya.

Monday, September 19, 2011

Majlis Solat Hajat UPSR Bersama PIBG 2011

Pada 12 September 2011 (Isnin) majlis solat hajat UPSR bersama PIBG telah diadakan pukul 9.00 pagi di dewan terbuka sekolah. Para ibubapa, wakil PIBG telah diserikan lagi dengan kehadiran pengarah JPPP dan Dato' Zaidi yang menyampaikan ucapan, selepas selesai solat hajat serta bacaan Surah Yaasin.

Majlis Izin Ilmu Murid Tahun 6 2011

Suatu Majlis Izin Ilmu untuk murid Tahun 6 telah diadakan pada 11 September 2011 (Ahad) selepas waktu perhimpunan. Semua murid bersalaman dan memohon izin ilmu dari semua guru yang telah mengajar mereka semenjak mereka tahun 1 sehinggalah tahun 6. Kemudian semua murid tahun 6 telah disuap dengan pulut kuning sebagai tanda memberi semangat untuk mereka menghadapi peperiksaan UPSR pada hari lusanya.





Sunday, September 18, 2011

Program Kecemerlangan UPSR ke-3 - Rehat Minda

Sekolah Kebangsaan Tangok telah mengadakan buat kali terakhirnya Program Kecemerlangan UPSR yang bermula pada 7 September (Rabu), 8 September (Khamis), 10 September (Sabtu) dan 11 September (Ahad). Murid telah disajikan dengan kelas-kelas subjek teras sehingga pukul 10.00 malam. Tetapi pada hari Sabtu (10 September) sekolah mewujudkan satu slot untuk merehatkan minda pelajar. Slot Rehat Minda ini telah diadakan di Permai Chalet, Telong dengan kerjasama semua guru-guru Tahun 6 dan semua murid tahun 6. Slot ini dipenuhi dengan acara Ceramah Motivasi oleh   Encik Mohd Fadlillah bin Deraman dari SK Sultan Yahya Petra 1 Kuala Krai, dan acara makan ayam bakar, nasi goreng. Guru-guru pula meredakan minda dengan membakar daging kambing, ayam, makan bersama nasi dagang dan sedikit lontong.




















Sambutan Hari Raya PPD Bachok - Gerai SK Tangok

Pada 10 September 2011 (Sabtu), PPD Bachok telah mengadakan sambutan hari raya di sekitar kawasan Pusat Ko-Kurikulum, Tangok. Sambutan tersebut telah disertai oleh semua sekolah rendah dan menengah di Bachok. SK Tangok juga tidak ketinggalan telah mewujudkan satu gerai yang bernombor 31. Kami telah menghidang pelbagai juadah termasuklah nasi dagang, lontong, satay & nasi himpit, ketupat & tapai, ketupat sotong, dan biskut raya.


Monday, August 15, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Pada 2 Julai 2011 (Sabtu), Sekolah Kebangsaan Tangok telah mengadakan larian serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bersama dengan semua sekolah di seluruh Malaysia. Seawal pukul 6.45 pagi murid-murid telah berkumpul di bengkel Kemahiran Hidup dan seterusnya disambung di dataran perhimpunan, satu sesi pendaftaran untuk semua murid dijalankan bersama dengan petugas-petugas guru dan murid melekatkan nombor penyertaan di baju T masing-masing. Pada pukul 7.30 pagi, sedikit taklimat diadakan oleh penyelaras dan senam robik ringan dilakukan bersama-sama dengan guru penyelaras. Tepat jam 7.45 pagi semua murid dilepaskan untuk larian di pintu pagar sebelah kanan sekolah. Lebih kurang 10 minit semua murid telah sampai ke garisan penamat larian. Setelah itu, murid Tahap 1 diarah berjalan dengan iringan beberapa orang petugas pulang semula ke sekolah. Setelah murid Tahap 2 berhenti rehat di garisan penamat selama 1/2 jam, larian mini / merentas desa dimulakan dengan dilepas oleh penyelaras. Murid-murid Tahap 2 berlari menempuh 3 'check point' dan sampai semula ke sekolah. Di pintu pagar sekolah  tempat/kedudukan pelari diambil untuk seramai 20 kedudukan bagi setiap jantina untuk setiap tahun (4, 5 dan 6). Kemudian, murid Tahap 2 berehat dan menonton tayangan gambar. Murid Tahap 1 diteruskan dengan acara pertandingan mewarna. Kemudian, lebih kurang pukul 11.30 pagi majlis penyampaian cenderahati/hadiah diadakan. Aturcara ditutup hari  tersebut dengan jamuan untuk semua guru.












Thursday, August 11, 2011

Majlis Lambaian Kasih Pn Hjh Zakiah bt Ibrahim

Pada 26 Mei 2011 (Khamis) telah diadakan majlis lambaian kasih sempena persaraan salah seorang guru di S. K. Tangok. Beliau ialah Puan Hajah Zakiah bt Ibrahim yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Beliau telah berkhidmat di 4 buah sekolah selama perkhidmatan beliau, iaitu di S. K. Bachok, S.K. Bukit Marak, S.K. Jelawat dan S.K. Tangok. Majlis Suapan Kasih untuk beliau telah diadakan di Restoran New Horizon di Jalan Kuala Krai pada petang 25 Mei.Beliau adalah seorang guru yang rajin, dedikasi dan tekun. Selamat Menempuh Alam Persaraan, dari kami semua warga sekolah.














Monday, August 8, 2011

Majlis Sambutan Hari Guru 2011

 Pada 16 Mei 2011 (Isnin) telah diadakan majlis sambutan hari guru. Seawal jam 7.45 pagi semua murid dan guru berkumpul di dataran perhimpunan sekolah. Acara bermula dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu Sekolah. Seterusnya bacaan doa olah cikgu Ambran bin Ibrahin (PK Ko), ucapan Ketua Murid, ucapan aluan Guru Besar, bacaan perutusan hari guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh PK Ko dan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh PK HEM. Kemudian, acara diteruskan dengan bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh cikgu Mohd Yatimi bin Sidi, nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru (Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara) oleh semua guru. Seterusnya, didikuti dengan bacaan puisi oleh 2 orang murid, dan penyampaian cenderahati oleh Pengawas kepada semua guru. Majlis berhenti seketika untuk memberi peluang kepada murid dan guru rehat di kantin. Acara padang dilaksanakan selepas rehat seperti bola jaring guru melawan murid, acara kukur kelapa, kupas epal, baling tin dengan bola, baling belon berisi air, dan gelek tayar. Majlis ditutup dengan jamuan makan untuk semua guru dan murid.

  


Majlis Sambutan Minggu AntiDadah Peringkat Sekolah 2011

Pada 24 April 2011 (Isnin) telah diadakan majlis pelancaran sambutan minggu AntiDadah. Minggu anti dadah ini sebenarnya bermula pada hari Ahad hingga Khamis minggu tersebut. Dalam majlis pelancaran, semua guru dan murid telah berkumpul di dataran perhimpunan pada pukul 7.45 pagi. Di antara acara-acara untuk hari pelancaran ialah bacaan doa, ucapan Guru Besar, dan bacaan perutusan Yang Berbahagia Dato' Abd Ghafar bin Mahmud (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) oleh Pn Hjh Nor Azilawati (PK HEM). Pada 25 April pula telah diadakan pertandingan melukis dan mewarna di kelas-kelas, manakala pada 26 April telah diadakan pertandingan menulis esei dan sajak. Seterusnya pada 27 April, acara bermula seawal jam 8.00 pagi di dewan tertutup sekolah. Tayangan slide PPDa telah ditayangkan kepada murid-murid di dewan. Setelah ketibaan Penolong Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah JPN Kelantan, bacaan doa disempurnakan oleh cikgu Ambran bin Ibrahim (PK Koku) sekolah. Kemudian ucapan alu-aluan oleh tuan Guru Besar dan diikuti dengan ceramah Antidadah oleh  Penolong Pengarah PPDa JPN, dan acara ditutup dengan pameran antidadah di dewan terbuka sekolah.

Majlis perjumpaan Ibubapa, guru dan murid Tahun 6

Pada 5 April 2011 (Selasa) telah diadakan Majlis perjumpaan ibubapa, guru dan murid tahun 6 di dewan tertutup sekolah. Majlis tersebut bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir 12 tengah hari. Guru Besar membentangkan program-program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini untuk peningkatan kecemerlangan UPSR. Guru-guru subjek memberikan sedikit pandangan, maklum balas dan cadangan untuk sama-sama menuju ke arah kecemerlangan anak didik semua. Majlis membuka maklum balas atau cadangan dari pihak ibubapa dan penjaga. Majlis berakhir dengan sedikit jamuan ringan di kantin sekolah.

Sunday, August 7, 2011

Majlis Sambutan Maulid Peringkat Sekolah & Majlis Perpisahan 2011

Pada 28 Februari 2011 (Isnin), sekolah telah mengadakan majlis sambutan maulidurrasul. Majlis ini diadakan bersama dengan Majlis Perpisahan yang meraikan guru-guru yang telah bertukar dan guru-guru yang baru datang ke Sekolah Kebangsaan Tangok. Pada pukul 7.45 pagi semua murid dan guru berkumpul di dewan terbuka sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zahari bin Yusof. Kemudian, acara diteruskan dengan persembahan nasyid, sajak dan selawat beramai-ramai. Seterusnya, Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan diikuti dengan ceramah maulidurrasul oleh Ustaz Mohd Majdi dari SK Badak. Kemudian, murid dibenarkan rehat. Setelah rehat, acara disambungkan dengan aktiviti di kelas iaitu pertandingan mewarna dan melukis.