KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Thursday, August 11, 2011

Majlis Lambaian Kasih Pn Hjh Zakiah bt Ibrahim

Pada 26 Mei 2011 (Khamis) telah diadakan majlis lambaian kasih sempena persaraan salah seorang guru di S. K. Tangok. Beliau ialah Puan Hajah Zakiah bt Ibrahim yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Beliau telah berkhidmat di 4 buah sekolah selama perkhidmatan beliau, iaitu di S. K. Bachok, S.K. Bukit Marak, S.K. Jelawat dan S.K. Tangok. Majlis Suapan Kasih untuk beliau telah diadakan di Restoran New Horizon di Jalan Kuala Krai pada petang 25 Mei.Beliau adalah seorang guru yang rajin, dedikasi dan tekun. Selamat Menempuh Alam Persaraan, dari kami semua warga sekolah.














Monday, August 8, 2011

Majlis Sambutan Hari Guru 2011

 Pada 16 Mei 2011 (Isnin) telah diadakan majlis sambutan hari guru. Seawal jam 7.45 pagi semua murid dan guru berkumpul di dataran perhimpunan sekolah. Acara bermula dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu Sekolah. Seterusnya bacaan doa olah cikgu Ambran bin Ibrahin (PK Ko), ucapan Ketua Murid, ucapan aluan Guru Besar, bacaan perutusan hari guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh PK Ko dan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh PK HEM. Kemudian, acara diteruskan dengan bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh cikgu Mohd Yatimi bin Sidi, nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru (Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara) oleh semua guru. Seterusnya, didikuti dengan bacaan puisi oleh 2 orang murid, dan penyampaian cenderahati oleh Pengawas kepada semua guru. Majlis berhenti seketika untuk memberi peluang kepada murid dan guru rehat di kantin. Acara padang dilaksanakan selepas rehat seperti bola jaring guru melawan murid, acara kukur kelapa, kupas epal, baling tin dengan bola, baling belon berisi air, dan gelek tayar. Majlis ditutup dengan jamuan makan untuk semua guru dan murid.

  


Majlis Sambutan Minggu AntiDadah Peringkat Sekolah 2011

Pada 24 April 2011 (Isnin) telah diadakan majlis pelancaran sambutan minggu AntiDadah. Minggu anti dadah ini sebenarnya bermula pada hari Ahad hingga Khamis minggu tersebut. Dalam majlis pelancaran, semua guru dan murid telah berkumpul di dataran perhimpunan pada pukul 7.45 pagi. Di antara acara-acara untuk hari pelancaran ialah bacaan doa, ucapan Guru Besar, dan bacaan perutusan Yang Berbahagia Dato' Abd Ghafar bin Mahmud (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) oleh Pn Hjh Nor Azilawati (PK HEM). Pada 25 April pula telah diadakan pertandingan melukis dan mewarna di kelas-kelas, manakala pada 26 April telah diadakan pertandingan menulis esei dan sajak. Seterusnya pada 27 April, acara bermula seawal jam 8.00 pagi di dewan tertutup sekolah. Tayangan slide PPDa telah ditayangkan kepada murid-murid di dewan. Setelah ketibaan Penolong Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah JPN Kelantan, bacaan doa disempurnakan oleh cikgu Ambran bin Ibrahim (PK Koku) sekolah. Kemudian ucapan alu-aluan oleh tuan Guru Besar dan diikuti dengan ceramah Antidadah oleh  Penolong Pengarah PPDa JPN, dan acara ditutup dengan pameran antidadah di dewan terbuka sekolah.

Majlis perjumpaan Ibubapa, guru dan murid Tahun 6

Pada 5 April 2011 (Selasa) telah diadakan Majlis perjumpaan ibubapa, guru dan murid tahun 6 di dewan tertutup sekolah. Majlis tersebut bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir 12 tengah hari. Guru Besar membentangkan program-program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini untuk peningkatan kecemerlangan UPSR. Guru-guru subjek memberikan sedikit pandangan, maklum balas dan cadangan untuk sama-sama menuju ke arah kecemerlangan anak didik semua. Majlis membuka maklum balas atau cadangan dari pihak ibubapa dan penjaga. Majlis berakhir dengan sedikit jamuan ringan di kantin sekolah.

Sunday, August 7, 2011

Majlis Sambutan Maulid Peringkat Sekolah & Majlis Perpisahan 2011

Pada 28 Februari 2011 (Isnin), sekolah telah mengadakan majlis sambutan maulidurrasul. Majlis ini diadakan bersama dengan Majlis Perpisahan yang meraikan guru-guru yang telah bertukar dan guru-guru yang baru datang ke Sekolah Kebangsaan Tangok. Pada pukul 7.45 pagi semua murid dan guru berkumpul di dewan terbuka sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zahari bin Yusof. Kemudian, acara diteruskan dengan persembahan nasyid, sajak dan selawat beramai-ramai. Seterusnya, Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan diikuti dengan ceramah maulidurrasul oleh Ustaz Mohd Majdi dari SK Badak. Kemudian, murid dibenarkan rehat. Setelah rehat, acara disambungkan dengan aktiviti di kelas iaitu pertandingan mewarna dan melukis.








Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah 2011

Pada 16 Januari, 2011 (Ahad) telah diadakan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah pada waktu perhimpunan pagi. Majlis tersebut telah diadakan di tapak perhimpunan sekolah. Di antara pengawas yang dilantik ialah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan Briged Siber Sekolah (Pengawas Makmal Komputer). Ketua Pengawas sekolah ialah adik Mohd. Arif bin Mohd Zawawi dan Penolong Ketua Pengawas ialah adik Ahlami Wahda bt Ayob.



           
                                                                       
              

Tuesday, March 8, 2011

Majlis Perasmian Sessi Persekolahan 2011 & Solat Hajat

Pada 6 Januari 2011, satu majlis perasmian sessi persekolahan 2011 telah diadakan di medan perhimpunan sekolah tepat jam 7.45 pagi. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Saifuddin Ibrahim. Kemudian, diteruskan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. Seterusnya, ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar. Kemudian, diikuti oleh ucapan YDP PIBG Tn Hj Che Amin @ Muhammad bin Sulong. Seterusnya, ucapan wakil PPD iaitu Pn. Siti Zainon bt Mat PPDB Unit Pembangunan Kemanusian. Selepas itu, bacaan ikrar oleh semua guru yang diketuai oleh En. Mohd Yatimi bin Sidi.

Kemudian, bacaan ikrar oleh murid yang diketuai oleh ketua pengawas iaitu Adik Muhamad Arif bin Mohd Zawawi. Seterusnya, solat hajat dilaksanakan di bilik musalla sekolah di tingkat 3 bangunan baru.
                                 

Sunday, March 6, 2011

Sukaneka sekolah 2010

Pada tahun 2010 ini, pihak pengurusan Ko-kurikulum sekolah telah mengadakan Sukaneka iaitu pada 28 Oktober, 2010. Semua murid berkumpul di medan perhimpunan tepat jam 7.45 pagi lengkap dengan pakaian baju T sekolah dan berseluar treks. Setiausaha Sukan Ustaz Zahari, menyampaikan taklimat ringkas tentang tentatif sukaneka. Seterusnya, acara dimulakan di padang sekolah dengan acara Lari dalam guni, dan tarik bola dengan gelung rotan.
Acara dihentikan sebentar untuk memberi laluan kepada perasmian oleh Penyelia Pelajaran Daerah Bachok En.Mohd. Yusof, dari Unit Dadah PPDB. Kemudian acara disambung semula dengan bawa bola ping pong dengan sudu. Majlis berhenti rehat selama setengah jam. Kemudian disambung lagi dengan acara isi air dalam botol dan tarik tali antara rumah. Semua acara selesai lebih kurang pukul 3.00 petang.









                          

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010

Satu majlis sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan telah diadakan di sekolah pada 27 Oktober, 2010. Ianya diadakan di medan perhimpunan sekolah bermula pukul 7.45 pagi. Acara dimulakan dengan nyanyian 3 bual lagu iaitu lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. Kemudian Al Fadhil Ustaz Saipudin memimpin bacaan doa. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa' oleh pasukan koir sekolah. Seterusnya, 2 orang murid mendeklamasikan sajak berunsur bahasa kebangsaan dengan iringan muzik latar.


Majlis Izin Ilmu Pelajar Tahun 6

Pada 19 September, 2010, telah diadakan satu majlis izin ilmu untuk pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan pada 21 September. Majlis diadakan selepas perhimpunan mingguan. Semua murid tahun 6 bersalaman dan memohon maaf serta izin ilmu dari semua guru yang berbaris di bahagian depan medan perhimpunan. Kemudian, semua pelajar telah disuapkan pulut semangat oleh Tuan Guru Besar dan Penolong Kanan- penolong kanan.

Projek menceriakan makmal komputer

Selepas peperiksaan UPSR, penyelaras ICT (makmal komputer) Pn. Nor Azora telah mengarahkan murid-murid tahun 6 untuk melukis mural di dinding luar makmal komputer. Aktiviti ini dijalankan sewaktu tempoh waktu subjek Sains untuk kelas yang berkenaan. Guru telah menyediakan contoh lukisan mural di atas kertas A4 yang dipetik dari internet. Murid mengecat mural mengikut kumpulan-kumpulan yang ditentukan oleh guru. Cat mural, cat dinding simen, berus cat telah disediakan oleh guru.


                                                                                       

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri sekolah

Pada 30 September 2010, telah diadakan sambutan hari raya Aidil Fitri di Sekolah Kebangsaan Tangok. Acara dimulakan dengan murid-murid berkumpul di medan perhimpunan tepat jam 7.45 pagi. Guru menerangkan tentatif untuk majlis pada hari tersebut. Kemudian murid diarah memasuki dewan dan disusun oleh guru yang bertugas untuk kawalan murid pada hari itu. Di situ, diadakan pertandingan menyanyi karaoke  lagu hari raya dan bersajak untuk murid. Beberapa orang murid dan kumpulan murid telah mengambil bahagian. Guru-guru yang menyedia dan mengawal lap top, LCD projektor dan speaker box ialah Pn. Nor Azora, Tn. Hj Sumardi dan pengacara majlis ialah Pn Hjh Azizah bt Samat. Acara ini berterusan hingga ke pukul 12.30 tengahari.
Kemudian, murid-murid dijamu dengan nasi minyak mengikut kelas masing-masing. Mereka juga membawa kuih-muih sendiri untuk melengkapkan lagi jamuan selera yang diadakan.









Pada masa yang sama, guru-guru menghidangkan set-set menu mengikut kumpulan guru yang ditetapkan. Dan, semua guru dijemput makan dan menjamu selera sehingga kenyang.
  

Wednesday, October 20, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Suatu program sempena bulan kemerdekaan disambut di SK Tangok dengan diadakan Pertandingan Buku Skrap Tokoh Kemerdekaan dan Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang. Pertandingan Buku Skrap Tokoh Kemerdekaan telah diadakan sepanjang bulan Ogos iaitu bermula dari 1 hb sehingga 26 hb Ogos yang mana ianya terbuka untuk murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6. Manakala Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang telah diadakan pada 25 Ogos di Dewan Terbuka sekolah, dan ianya dimestikan untuk semua murid tahap satu iaitu tahun 1, 2 dan 3. Seterusnya hadiah-hadiah telah disampaikan pada para pemenang pada masa perhimpunan pagi hari Ahad 29 Ogos 2010.