KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Wednesday, October 20, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Suatu program sempena bulan kemerdekaan disambut di SK Tangok dengan diadakan Pertandingan Buku Skrap Tokoh Kemerdekaan dan Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang. Pertandingan Buku Skrap Tokoh Kemerdekaan telah diadakan sepanjang bulan Ogos iaitu bermula dari 1 hb sehingga 26 hb Ogos yang mana ianya terbuka untuk murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6. Manakala Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang telah diadakan pada 25 Ogos di Dewan Terbuka sekolah, dan ianya dimestikan untuk semua murid tahap satu iaitu tahun 1, 2 dan 3. Seterusnya hadiah-hadiah telah disampaikan pada para pemenang pada masa perhimpunan pagi hari Ahad 29 Ogos 2010.


Tuesday, August 10, 2010

Program Khidmat Masyarakat

Satu program khidmat masyarakat anjuran Panitia Pendidikan Siviks dan Kewarganegaraan iaitu satu gotong-royong membersihkan masjid telah diadakan pada 4 Ogos 2010 hari Rabu jam 4.00 hingga 5.30 petang. Masjid yang terlibat ialah masjid Kampung Neman di Rekang Hulu berhampiran dengan sekolah ini.
Aktiviti memotong rumput dilaksanakan oleh pekerja sekolah, dan murid-murid membersihkan keratan rumput tersebut, membakar sampah sarap di sekitar halaman masjid. Murid-murid perempuan pula menyapu, dan mengelap lantai masjid, serta membersihkan longkang masjid. Setelah masuk waktu fardhu Asar, guru-guru, orang kampung bersama murid-murid bersembahyang asar berjemaah. Aktiviti gotong-royong disambung lagi sehingga ke pukul 5.30 petang dan diakhiri dengan pengagihan nasi bungkus dengan air minuman kepada semua murid  dan guru yang terlibat.

Monday, May 24, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2010

Majlis ini telah diadakan pada 16 Mei 2010 hari Ahad, bermula pukul 7.45 pagi sehinggalah 1.30 petang. Tema Hari Guru tahun ini ialah GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. Majlis dimulakan dengan semua guru dan murid berkumpul di dewan terbuka sekolah, semua murid menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah, diikuti dengan bacaan doa oleh Al-Ustaz Saifuddin bin Ibrahim.
Pengacara majlis Pn. Hjh Azizah Samat mengambil tempat dan beliau mempersilakan Ketua murid Mohd Iqbal bin Kassim untuk menyampaikan ucapan mewakili semua murid. Diikuti dengan ucapan aluan Tuan Guru Besar, pembacaan perutusan KPPM oleh PK Ko, dan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh PK Hem.
Majlis kemudian diteruskan lagi, dengan bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Cikgu Zulbahri Salleh. Dan, nyanyian lagu Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa oleh semua guru.

Diteruskan dengan persembahan bacaan puisi hari Guru oleh murid iaitu Nur Najihah, dan Nur Izzati. Kemudian pengawas sekolah menyampaikan cenderamata kepada semua guru. Dan, majlis berhenti rehat untuk selama setengah jam.
Majlis disambung semula lebih kurang pukul 10.30 dengan acara padang. Di antara acara Sukaneka yang dipertandingkan untuk kumpulan guru ialah acara menggelek tayar, acara melambung belon berisi air, acara membalingkan pundi kacang ke dalam gelas, acara bowling padang, dan acara merebut gula-gula. Guru-guru dibahagikan kepada 4 kumpulan, A, B, C, dan D.

Setelah habis acara padang, diteruskan pula dengan acara dewan. Di mana beberapa kumpulan murid telah meembuat persembahan seperti Dikir Barat, lakonan, tarian, nasyid, dan dikir labah. Dan, diserikan lagi dengan nyanyian oleh Guru Besar dan Cikgu Razila, serta duet Cikgu Sumardi dan Cikgu Razila. Wow .....


Majlis diakhiri dengan jamuan untuk murid dan guru. Hadian Sukaneka telah disampai kepada kumpulan-kumpulan guru pada 23/05/2010 pada waktu perhimpunan.

Wednesday, May 12, 2010

Pesta Ko-Kurikulum (PESKO)

Pada 29, 30 April dan 01 Mei sekolah telah mengadakan PESKO bertempat di tapak perkhemahan SK Tangok, yang dikelolakan oleh Unit Ko-Kurikulum sekolah. Murid-murid yang terlibat ialah murid tahun 4, 5 dan 6 iaitu dari unit beruniform Pengakap, Tunas Puteri, Puteri Islam, Tunas Kadet Remaja Sekolah, dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Murid-murid telah mendaftar untuk berkhemah pada pukul 4.00 petang 29 April. Di antara aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan ialah kawad kaki, pertandingan memasak. pertandingan wau, pertandingan kebudayaan, merentas halangan, Sukaneka, pertandingan azan dan hafazan. Perkhemahan berakhir pada pukul 2.00 petang selepas solat Zohor.

Monday, May 10, 2010

Jom Cegah Denggi

Satu program Jom Cegah Denggi telah diadakan pada 14 April 2010 pukul 4.00 hingga 6.00 petang. Pada petang tersebut murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kawasan di sekolah untuk membersihkan tempat air bertakung, membuang bekas-bekas tempat air bertakung, mengutip sampah-sarap di kawasan dalam dan luar pagar sekolah, memasukkan ubat jentik-jentik ke dalam air.

Monday, March 29, 2010

AKTIVITI ANTI DADAH SEKOLAH

Pelancaran program anti dadah telah diadakan pada 21 Mac 2010 pada masa perhimpunan sekolah. Di antara aktiviti pada hari itu ialah mendeklamasi sajak dan puisi tentang dadah. Suatu pertandingan melukis poster Anti Dadah telah diadakan minggu sebelumnya iaitu pada 11 Mac 2010, diikuti dengan ceramah Anti Dadah dan pameran Anti Dadah AADK Bachok pada 25 Mac 2010 pukul 8.30 pagi. Ceramah disampaikan oleh Ketua AADK Bachok Encik Salim. Beliau telah menyampaikan ceramahnya dengan menarik dan dibantu dengan Powerpoint dan LCD projektor, di dewan terbuka SK Tangok. Setelah ceramah berakhir pada pukul 10.00 pagi, acara penyampaian hadiah kepada murid-murid yang memenangi pertandingan mewarna dan melukis poster dadah.Kemudian, murid dibenarkan untuk melihat pameran Anti Dadah yang dibawa khas oleh pegawai-pegawai dari AADK Bachok.


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 11 Mac 2010 di dewan terbuka sekolah. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu oleh murid-murid iaitu lagu Negaraku, lagu Selamat Sultan, dan lagu sekolah. Kemudian bacaan doa khas oleh Al- Fadhil Ustaz Zahari bin Yusof, ucapan ringkas Pengerusi Majlis, ucap utama oleh Tuan Guru Besar, dan ceramah Maulidur Rasul oleh Al-Fadhil Ustaz Saifuddin bin Ibrahim. Setelah itu murid-murid dibenarkan rehat secara berperingkat mengikut tahap.



Acara disambung selepas rehat, dengan Pertandingan Melukis Poster di dewan terbuka untuk murid Tahap 2 dan Pertandingan Mewarna untuk murid Tahap 1 di kelas masing-masing. Jamuan disediakan untuk murid lebih kurang pukul 12.45 petang di kantin sekolah. Jamuan untuk guru-guru disediakan di bilik darjah 6 Amanah.

Sunday, March 28, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-18 telah diadakan pada 25 Mac 2020 pukul 2.30 petang, bertempat di dewan terbuka SK Tangok. Mesyuarat ini dihadiri oleh Encik Ibrahim bin Omar, Penyelia Pelajaran (Unit Ko-kurikulum) dan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Zain bin Yasin, Penolong Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok. Setelah ucapan-ucapan selesai, mesyuarat PIBG dimulakan lebih kurang pukul 5.30 petang, dan berakhir lebih kurang jam 6.15 petang dengan jamuan untuk YDP PIBG dan AJKnya bersama dengan Guru Besar dan guru--guru Sekolah Kebangsaan Tangok.

MAJLIS RAMAH MESRA

Satu Majlis Ramah Mesra iaitu perjumpaan guru-guru dan ibubapa murid Tahun 6 kali 1 telah dilaksanakan pada 22 Mac 2010 pukul 8.30 pagi di dewan terbuka sekolah. Perjumpaan ini dihadiri oleh hampir semua murid dan ibubapa masing-masing yang dipengerusikan oleh En. Zulbahri bin Salleh selaku Setiausaha UPSR sekolah.

Dalam majlis ini Guru Besar dan En. Zulbahri telah membincangkan tentang kesediaan ibubapa untuk bersama sekolah merealisasikan program-program peningkatan UPSR, sikap ibubapa dalam menyediakan anak untuk menghadapi peperiksaan paling besar di sekolah rendah iaitu UPSR, dan kehadiran murid-murid ke sekolah dan ke kelas tambahan.

Majlis berakhir dengan jamuan ringan di bahagian belakang dewan terbuka sekolah, sambil ibubapa bertemu dengan guru-guru berkenaan untuk berbincang tentang anak mereka.


Sunday, March 7, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN NILAM HADIAH KUIZ PSS KALI 1 DAN ANUGERAH PINGAT SERTA SIJIL PEMBACA NILAM

Satu Majlis penyampaian hadiah Kuiz PSS Kali 1 dan Anugerah Pingat serta Sijil Pembaca Nilam peringkat sekolah, telah diadakan pada 7 Mac 2010 hari Ahad pukul 7.45 pagi dalam waktu perhimpunan. Di samping perhimpunan pagi biasa telah diselitkan dengan aturcara tersebut. Murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 6 telah menerima hadiah Kuiz PSS dari Guru Besar.


Kemudian, Guru Besar juga menyampaikan anugerah pingat serta Sijil Pembaca Nilam. Pingat Emas dimenangi oleh adik Siti Nurfitrina bt Rakpi dari kelas 4 Amanah, pingat Perak dimenangi oleh adik Nur Fathin bt Patma juga dari kelas 4 Amanah, dan pingat Gangsa dimenangi bersama oleh 2 orang murid, iaitu adik Nur Amira Aqilah juga dari kelas 4 Amanah dan adik Nurul Ain Jannah dari kelas 3 Amanah.



Wednesday, March 3, 2010

PESTA KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSK ZON PEN 2 PPD BACHOK

Pada 1hb Mac 2010, seramai 18 buah pasukan sepak takraw yang mewakili 9 buah sekolah, telah hadir ke gelangang sepak takraw SK Tangok bagi menyertai pertandingan sepak takraw zon pen 2 PPD Bachok. Pertandingan bermula seawal jam 2.30 petang. Pertandingan berlangsung dalam suasana yang muhibbah dan penuh semangat kesukanan. Tahniah kepada pihak pengurusan ko kurikulum SK Tangok selaku pengelola pertandingan. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung terutma para pengurus pasukan dan para pengadil. Tahniah dan syabas! kepada pasukan yang berjaya iaitu pasukan SK Chantum yang akan mewakili zon pen 2 ke peringkat seterusnya.Pasukan dari SK Tangok memenangi tempat ketiga MAJULAH SUKAN UNTUK KESIHATAN.

PERLAKSANAAN LATIHAN GURU SECARA SCHOOL-BASED 2010

Surat Siaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 23 Julai 2009 bertajuk Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2010 dan 2011 telah mencadangkan bagi tujuan penjimatan, kaedah conventional face to face diganti dengan kaedah blended approach seperti program Mentor-Mentee, Peer Coachig dan Book Review untuk dilaksanakan di sekolah.

Oleh itu,bagi tahun 2010 strategi pelaksanaan latihan guru secara school-Based akan dilaksanakan mulai Februari 2010 kepada semua sekolah adalah seperti berikut :

In House Training yang telah dilaksanakan hendaklan diteruskan dan kaedah Book Review dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah in house training bagi mencukupi jumlah kursus selama 7 hari. Sebagai panduan pihak sekolah bagi melaksanakan kursus secara Book Review.

Garis Panduan Pelaksanaan boleh didapati dari laman web http://akademik2u.blogspot.com/

Bahagian Pendidikan Guru akan melaksanakan pemantauan terhadap kaedah blended approach dari semasa ke semasa secara rawak untuk memastikan Dasar Latihan Sumber Manusia dilaksanakan.

Tuesday, March 2, 2010

MURID SK TANGOK MENONTON LE TOUR DE LANGKAWI FASA 1

 Seramai lebih kurang 160 orang murid telah berbaris di tepi jalan raya untuk menyambut kehadiran pelumba-pelumba Le Tour De Langkawi pada 1  Mac 2010 jam 9.30 - 10.30 pagi. Beberapa  orang guru telah ditugaskan mengawal disiplin murid.


Sunday, February 28, 2010

MAJLIS LAMBAIAN KASIH PK 1

Suatu majlis lambaian kasih sempena persaraan Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Haji Ab Aziz bin Awang telah diadakan pada 28 Februari 2010, jam 7.45 pagi di medan perhimpunan sekolah. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu oleh murid-murid, iaitu seperti biasa lagi Negaraku, Selamat Sultan, dan Lagu Sekolah. Kemudian bacaan doa oleh pengawas sekolah, diikuti dengan ucapan guru bertugas mingguan, ucapan Penolong Kanan HEM, bacaan periwayatan PK 1 oleh Pn. Azizah bt Samat, ucapan wakil guru iaitu Penolong Kanan KoKurikulum, ucapan YDP PIBG Tuan Haji Che Amin bin Sulong, ucapan wakil murid iaitu Ketua Murid adik Mohd. Iqbal bin Kasim, dan ucap utama oleh Tn. Hj Ab Aziz bin Awang. Majlis diteruskan dengan selawat nabi s.a.w.,dan bacaan doa khas oleh Ustaz Mohd Shaifudin bin Ibrahim. Kemudian disampaikan hadiah-hadiah daripada beberapa pihak di sekolah kepada PK 1, dan majlis diakhiri dengan murid-murid bersalaman dengan PK 1.




Majlis kemudian disambung pada waktu tengahari jam 1.15 dengan menghantar PK 1 ke rumahnya. Murid-murid beratur dan melambai pada mantan PK 1, dan beliau dibawa ke rumahnya dengan diiringi oleh guru-guru lain terus ke rumahnya berhampiran dengan Sekolah Menengah Beris Panchor. Di sana guru-guru lelaki dijemput bersembahyang hajat, dan sama-sama menikmati juadah yang disediakan di rumah beliau. "Terima kasih Cikgu Haji".
Bunga selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun bertemu juga