KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Tuesday, February 28, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA TAHUN 2017

Satu Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda iaitu pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Briged Siber (Pengawas Makmal Komputer), Pengawas Kantin dan Ketu Darjah serta Penolong Ketua Darjah; telah diadakan pada 12 Februari 2017 (Ahad) pada waktu perhimpunan mingguan sekolah di Dewan Tun Teja. Majlis disempurnakan oleh Ins. Nor Syazana binti Zainal dari PDRM Bachok.





MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SKOLAH & PELANCARAN PETI ADUAN DISIPLIN MURID

Pada 5 Februari, 2017 (Ahad) telah diadakan Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah  & Pelancaran Peti Aduan Disiplin Murid di Dewan Tun Teja SK . Tangok. Ucapan & pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah disempurnakan oleh En. Saiful Marsidi bin Sidek, Penyelia Pendidikan Unit Anti Dadah PPD Bachok selaku Penghulu untuk SK. Tangok.  Manakala, ucapan dan pelancaran Peti Aduan Disiplin Murid telah disempurnakan oleh Insp. Nor Syazana binti Zainal, PDRM Bachok. Majlis diadakan pada waktu perhimpunan mingguan.




KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT ZONPEN 2 2017

Pada 25 Januari 2017 (Rabu), telah diadakan satu perlawanan Bola Tampar Peringkat Zonpen 2 di SK Tangok. Perlawanan bermula lebih kurang pukul 2.00 petang dan telah tamat 6.30 petang.




Tuesday, January 24, 2017

MAJLIS PERASMIAN SESSI PERSEKOLAHAN DAN PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2017

Perasmian sessi persekolahan dan Pelancaran Program Guru Penyayang telah diadakan pada Ahad 22 Januari di Dewan Tun Teja SK tangok di waktu perhimpunan mingguan . Dirasmikan oleh Yang Berusaha Drs. Amran bin Mustafa Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah PPD Bachok.






Saturday, January 21, 2017

PENDAFTARAN DAN AKSI PERTAMA TAE KWANDO SK TANGOK


Alhamdulillah, sessi pendaftaran dan Latihan Pertama Seni mempertahankan Diri Tae Kwando telah berlangsung pada pagi Sabtu 21 Januari, 2017 di Dewan Tun Teja SK Tangok. Diajar oleh jurulatih baru iaitu En Syakir.

MAJLIS DIALOG PRESTASI UPSR KALI PERTAMA 2017


Majlis Dialog Prestasi UPSR Kali 1 telah diadakan pada 20 Januari 2017 (Jumaat) di Dewan Tun Teja. Lebih kurang 75% ibubapa pelajar Tahun 6 telah hadir. Terima kasih.

Tuesday, August 5, 2014

MAJLIS PELANCARAN MINGGU BAHASA ARAB SKT



Majlis pelancaran minggu bahasa Arab telah diadakan pada 13 Julai, 2014 hari Ahad di tapak
perhimpunan sekolah.




Wednesday, April 2, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TANGOK


Pada 17 Mac 2014 sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22 di Dewan Tun Fatimah Sekolah Kebangsaan Tangok. Majlis gagal dirasmikan oleh YBrs Drs Che Shamsuzuhan oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, namun telah dirasmikan oleh En. Roslailie  Penyelia Sekolah Rendah PPD Bachok.




Tuesday, April 1, 2014

KEJOHANAN BOLA BALING ZONPEN 2 2014

Pada  19 dan 20 Februari 2014 sebelang petang telah diadakan Kejohanan Bola Baling 2014 untuk ZonPen 2. Pada masa tersebut En. Mohamad Rosdi bin Mustapha bertugas sebagai PK Ko di sini. Beliau telah menjayakan kejohanan tersebut dengan jayanya.


                                                    



PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 2014

Pada    28 Januari 2014, sekolah telah mengadakan Majlis Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100 yang telah disempurnakan oleh YBrs. Drs. Hj Che Shamsuzuha bin Che Noh iaitu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Daerah Bachok.

Monday, January 13, 2014

KEBAKARAN DI BILIK FIUS UTAMA BANGUNAN BARU BLOK D SK TANGOK

Satu kebakaran yang mengejutkan  telah berlaku di Bilik Fius Utama Bangunan Baru Blok D pada lebih kurang pukul 12.30 pagi pada 30 Oktober 2013. Pada jam tersebut guru-guru sedang mula masuk ke Dewan Tun Fatimah kerana menghadiri Jamuan Perpisahan untuk Murid Tahun 6 2013. Asap kelihatan menyelubungi bahagian hujung tingkat bawah di bahagian belakang bilik kedai sekolah. Loceng kecemaran (alarm) kebakaran telah berbunyi menyebabkan semua murid turun ke padang dengan agak perlahan. Guru Disiplin En. Hasani telah memanggil semua murid dengan menggunakan mega phone (heller) untuk turun ke tapak perhimpunan dan seorang staff sokongan telah menelefon bomba. 5 minit kemudian 2 buah kereta boma sampai dan cuba memadamkan api. Namun api telah tiada......cuma asap yang kelihatan menyelubungi bilik tersebut.

SENAMROBIK PRA SEKOLAH-ANJURAN KPM

Satu program Senamrobik telah dijalankan pada 16 dan 17 Oktober 2013 di Dewan Tun Teja Sekolah Kebangsaan Tangok. Program diisi dengan tarian dan senamrobik yang ditayangkan dari CD yang dibekalkan oleh KPM. Kedua-dua kelas Pra Sekolah bersama guru-guru dan pembantu Pra mengambil bahagian. Manakala PK HEM memantau aktiviti tersebut.
 
           

Sunday, January 12, 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 2013

Suatu Majlis Khatam Al Quran telah diadakan pada 31 Oktober 2013 hari Khamis. Acara dimulakan pada pukul 11.30 pagi dengan murid berkumpul dan bergerak ke Dewan Tun Fatimah. Perarakan peserta khatam ke Dewan Tun Fatimah yang mengiringi Pegawai Khas j-QAF PPD Bachok En. Abd. Aziz Mohd Noor. Di dewan acara dimulakan dengan bacaan doa dan  persembahan murid iaitu nasyid.. Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan ucapan perasmian disempurnakan oleh En. Abd Aziz Bin Mohd Noor. Upacara Khatam Al Quran bermula diketuai oleh Ustaz Shaipudin bin Ibrahim. Khatam Al Quran diakhiri dengan alunan doa Khatam Al Quran. Majlis disudahi dengan penyampaian sijil penertaan dan cenderahati
.
    
Majlis juga meraikan warga emas untuk program DWEM.                
         




MAJLIS RESTU ILMU & SOLAT HAJAT PERINGKAT SEKOLAH 2013

Pada 7 September 2013 pukul 10.30 pagi telah diadakan Majlis Restu Ilmu di Dewan Tun Fatimah Sekolah Kebangsaan Tangok. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan aluan oleh Puan Guru Besar, ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, ucapan wakil guru subjek Tahun 6 dan ucapan Kaunselor sekolah. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian Insentif kepada murid Tahun 6 yang mendapat 5A, 4A dan 3A. Majlis disudahi dengan semua murid Tahun 6 beratur dan bersalaman dengan semua guru.

Majlis Solat Hajat pula bermula pukul 7.00 malam hari tersebut. Semua guru Tahun 6 dan ibubapa yang hadir menunaikan solat maghrib berjemaah, membaca Surah Yaasin, solat Isyak berjemaah dan Solat Hajat berjemaah. Seterusnya semua hadirin disegarkan dengan jamuan nasi, pulut kuning dan pelbagai juadah lauk.

MOTIVASI PERSIAPAN AKHIR UPSR ANJURAN UNIT KAUNSELING PPD BACHOK DGN KERJASAMA SEKOLAH KEBANGSAAN TANGOK 2013

Suatu program motivasi dan beberapa sesi ceramah teknik menjawab soalan telah diadakan bermula pada hari Rabu 28 Oktober 2013 pada pukul 10.00 pagi. Ceramah teknik menjawab telah diadakan pada hari Khamis 3.00 petang dan pada hari Jumaat pukul 9.00 pagi serta 3.00 petang.

DESATHON

Suatu aktiviti kokurikulum iaitu Desathon telah diadakan pada hari Rabu 26 Jun 2013. Aturcara Desathon telah bermula pukul 3.00 petang dengan perhimpunan di tapak perhimpunan dan Penyelaras menyampaikan taklimat ringkas dan  diikuti dengan sedikit ucapan dari Guru Besar. Seterusnya gimik pelancaran Desathon diadakan dengan tembakan kertas berkilau-kilauan oleh Puan Guru Besar dan PK Kokurikulum. Peserta-peserta yang mengambil bahagian ialah murid-murid perempuan dan lelaki Tahap 1 serta juga murid-murid lelaki dan perempuan Tahap 2. Acara penyampaian hadiah pada pukul 5.15 petang dan disudahi dengan jamuan pegawai pada pukul 5.45 petang. Acara penyampaian hadiah disambung lagi pada hari Ahad minggu berikutnya pada waktu perhimpunan.

     

SALAM MAULIDUR RASUL

Majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada Khamis 7 Februari 2013 di Dewan Tun Teja sekolah Kebangsaan  Tangok. Majlis bermula pukul 12.30 tengah hari dan diisi dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Daud bin Deraman. Kemudian diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Nasyid Sekolah. Diakhiri oleh bacaan Selawat beramai-ramai guru bersama semua muird. Guru-guru dan kakitangan kemudian menjamu selera di kantin sekolah.

Saturday, December 22, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG S.K. TANGOK 2012 KALI KE-20

Pada 13 Oktober 2012 (Sabtu) telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG S.K. Tangok 2012 Kali ke-20. Tentatif majlis bermula pukul 2.00 petang dengan pendaftaran ibu bapa di kaunter khas. Mesyuarat dimulakan tepat jam 2.30 petang. Kemudian mesyuarat terpaksa dihentikan sementara untuk memberi ruang pada acara sambutan sempena ketibaan Dato' Dr. Awang Adek bin Hj Hussin pada lebih kurang pukul 3.30 petang. Pihak sekolah menyambut dengan pasukan bag pipe band yang didatangkan khas dari Angkatan Tentera Malaysia Kem Desa Pahlawan dan muzik kompang gamelan sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke dewan sekolah.
Majlis perasmian Mesyuarat Agung dimulakan di pentas dengan bacaan doa, ucapan YDP PIBG S.K. Tangok, ucapan Puan Rohani Guru Besar S.K. Tangok, ucapan perasmian oleh Y.B. Dato' Dr Awang Adek, penyampaian hadiah kepada murid cemerlang UPSR 2011, penyampaian anugerah Tokoh PBS, majlis penyampaian KWAPM, dan penyampaian sumbangan serta sijil kepada AJK PIBG.
Setelah majlis perasmian tamat, mesyuarat Agung PIBG diteruskan lagi sehingga tamat semua agendanya dan mesyuarat tamat lebih kurang pukul 5.30 petang. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya.



MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pada 8 September 2012 (Sabtu), telah diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah. Majlis bermula seawal pukul 7.45 pagi di medan perhimpunan. Acara dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan dendangan beberapa buah lagu raya, ucapan Puan Guru Besar, dan seterusnya murid-murid dalam barisan yang terkawal bersalaman dengan semua guru. Kemudian, murid-murid masuk ke kelas. Pada pukul 9.15, murid Tahap 1 dibenarkan rehat dan diikuti dengan murid Tahap 2 pada pukul 9.45 pagi.
Kemudian, pada pukul 10.30 pagi, murid-murid diberi makanan dan minuman hari raya di kelas masing-masing oleh guru kelas dan guru KAFA serta mereka menjamu selera di kelas masing-masing.
Akhirnya, pada lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, guru-guru dan kakitangan menjamu selera dengan pelbagai juadah hari raya di dewan Tun Teja. Sambil makan guru-guru dan kakitangan dihiburkan dengan nyanyian live oleh Cikgu  Mohd Faris bin Razali (guru ganti-menggantikan En. Mohd Zaki) dengan dendangan 2 buah lagu nasyid. Bacaan Al Fatihah dan Al Ikhlas oleh seorang adik kecil iaitu anak guru. Adik tersebut ialah adik Mohd Amirul Zaini bin Hasanudin. Guru-guru seterusnya dihiburkan lagi dengan dendangan lagu raya dari CD. Majlis bersurai lebih kurang pukul 1.30 petang.
 

PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2012

Bulan kemerdekaan di sekolah kebangsaan Tangok telah diadakan dari 12 Ogos hingga 16 September 2012. Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 12 Ogos (Ahad), di medan perhimpunan.  Acara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan oleh Puan Rohani Guru Besar SKT, gimik pelancaran iaitu dengan pemasangan jalur gemilang pada 4 buah kenderaan oleh Puan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Puan Hajjah Gayah. Gimik pelancaran telah diadakan di Dewan Tun Teja oleh kerana hari hujan. Seterusnya, disambung dengan acara nyanyian jalur gemilang dan lagu Tanggal 31. Semua murid dan guru mengibarkan jalur gemilang bersama-sama.
Kemudian, pada 14 Ogos telah diadakan Pertandingan melukis dan mewarna untuk murid Tahap 1 dan 2. Juga telah diadakan acara mewarnakan Bendera Gergasi kategori Tahap 1 dan 2, di mana murid-murid mewarnakan dua helai bendera setiap satunya bersaiz 2 x 4 meter. Bendera-bendera juga telah sentiasa dikibarkan sepanjang bulan kemerdekaan tersebut di persekitaran sekolah.

Wednesday, September 19, 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012

Pada 16 Mei 2012 (Rabu) telah diadakan sambutan Hari Guru serentak bagi para guru seluruh Malaysia. Sambutan di Sekolah Kebangsaan Tangok telah bermula seawal 7.45 dengan acara-acara seperti nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah, diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Daud bin Deraman, ucapan Ketua Murid, ucapan aluan Puan Guru Besar,ucapan wakil guru Pn. Normahani bt Norman, bacaan perutusan KPPM oleh Penolong Kanan Ko, bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malysia oleh Puan Guru Besar, bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh cikgu Mohd Hasani bin Awang. Kemudian diikuti pula dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru oleh semua guru S.K. Tangok.
Majlis diteruskan pula  di Dewan Tun Teja dengan acara Senamrobik dan acara permainan padang untuk semua guru. Guru-guru telah menyertai permainan melontar bola ke dalam bakul sampah, membaling gelung rotan supaya dapat melingkari skitel, dan menjaring bola jaring. Setelah itu, majlis berhenti rehat selama 1 jam untuk memberi peluang pada murid rehat.
Pada lebih kurang pukul 10.45 pagi, acara disambung semula . Di dewan diadakan nyanyian nasyid oleh murid-murid, diikuti dengan pengumuman keputusan cabutan kategori guru iaitu Guru Inovatif, Guru Popular, Guru Dedikasi serta acara memotong kek Hari Guru. Kemudian, acara ditamatkan dengan jamuan untuk semua guru.