KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Wednesday, July 11, 2012

MAJLIS PELANCARAN BULAN DISIPLIN DAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Tangok, khasnya badan disiplin dan pengawas sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk memenuhi bulan Dsiplin sekolah. Majlis pelancarannya telah diadakan pada 26 Februari (Ahad) di Dewan Tun Teja,di mana tentatifnya adalah nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah, bacaan doa, ucapan aluan Guru Besar, ucapan perasmian dan pelantikan oleh pegawai polis, penyampaian watikah perlantikan pengawas, penyampaian cenderahati dan ikrar Ketua Pengawas.
Dalam minggu pertama, aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah Ceramah Operasi Kekemasan Diri oleh cikgu Mohd Hasani bin Awang pada 28 Februari dan pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Gunong pada 29 Februari.
Dalam minggu kedua pula, di antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah Taklimat Unit Disiplin oleh cikgu Mohd Yatimi bin Sidi pada 4 Mac dan Pertandingan Kelas Tanpa Ponteng yang diuruskan oleh cikgu Mohd Rizani bin Yusof pada 5 Mac.
Seterusnya dalam minggu ketiga pula, telah diadakan Ceramah Keselamatan Jalan Raya oleh cikgu Mohd. Azmi bin Razak pada 18 Mac, dan pertandingan Melukis Poster telah dilaksanakan pada 20 Mac yang diselaraskan oleh cikgu Nazarudin bin Majid.
Manakala pada minggu terakhir pula, telah diadakan Pertandingan Kelas Tanpa Ponteng iaitu pada 25 Mac yang telah diurus oleh Ustaz Daud bin Deraman, Ceramah Kesihatan Diri telah disampaikan oleh cikgu Haji Sumardi bin Ismail pada 27 Mac, dan bulan disiplin berakhir dengan Majlis Penutup Bulan Disiplin oleh Guru   Besar Puan Rohani bt Makhtar pada 29 Mac 2012 (Khamis).
Majlis Penutup bermula pada pukul 12.00 tengahari di dataran perhimpunan. Aturcara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan PK HEM Puan Hajjah Nor Azilawati, ucapan perasmian penutup oleh Guru Besar Puan Rohani dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan melukis poster dan pertandingan kelas tanpa ponteng.