KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Monday, August 15, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Pada 2 Julai 2011 (Sabtu), Sekolah Kebangsaan Tangok telah mengadakan larian serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bersama dengan semua sekolah di seluruh Malaysia. Seawal pukul 6.45 pagi murid-murid telah berkumpul di bengkel Kemahiran Hidup dan seterusnya disambung di dataran perhimpunan, satu sesi pendaftaran untuk semua murid dijalankan bersama dengan petugas-petugas guru dan murid melekatkan nombor penyertaan di baju T masing-masing. Pada pukul 7.30 pagi, sedikit taklimat diadakan oleh penyelaras dan senam robik ringan dilakukan bersama-sama dengan guru penyelaras. Tepat jam 7.45 pagi semua murid dilepaskan untuk larian di pintu pagar sebelah kanan sekolah. Lebih kurang 10 minit semua murid telah sampai ke garisan penamat larian. Setelah itu, murid Tahap 1 diarah berjalan dengan iringan beberapa orang petugas pulang semula ke sekolah. Setelah murid Tahap 2 berhenti rehat di garisan penamat selama 1/2 jam, larian mini / merentas desa dimulakan dengan dilepas oleh penyelaras. Murid-murid Tahap 2 berlari menempuh 3 'check point' dan sampai semula ke sekolah. Di pintu pagar sekolah  tempat/kedudukan pelari diambil untuk seramai 20 kedudukan bagi setiap jantina untuk setiap tahun (4, 5 dan 6). Kemudian, murid Tahap 2 berehat dan menonton tayangan gambar. Murid Tahap 1 diteruskan dengan acara pertandingan mewarna. Kemudian, lebih kurang pukul 11.30 pagi majlis penyampaian cenderahati/hadiah diadakan. Aturcara ditutup hari  tersebut dengan jamuan untuk semua guru.