KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Monday, May 24, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2010

Majlis ini telah diadakan pada 16 Mei 2010 hari Ahad, bermula pukul 7.45 pagi sehinggalah 1.30 petang. Tema Hari Guru tahun ini ialah GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. Majlis dimulakan dengan semua guru dan murid berkumpul di dewan terbuka sekolah, semua murid menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah, diikuti dengan bacaan doa oleh Al-Ustaz Saifuddin bin Ibrahim.
Pengacara majlis Pn. Hjh Azizah Samat mengambil tempat dan beliau mempersilakan Ketua murid Mohd Iqbal bin Kassim untuk menyampaikan ucapan mewakili semua murid. Diikuti dengan ucapan aluan Tuan Guru Besar, pembacaan perutusan KPPM oleh PK Ko, dan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh PK Hem.
Majlis kemudian diteruskan lagi, dengan bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Cikgu Zulbahri Salleh. Dan, nyanyian lagu Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa oleh semua guru.

Diteruskan dengan persembahan bacaan puisi hari Guru oleh murid iaitu Nur Najihah, dan Nur Izzati. Kemudian pengawas sekolah menyampaikan cenderamata kepada semua guru. Dan, majlis berhenti rehat untuk selama setengah jam.
Majlis disambung semula lebih kurang pukul 10.30 dengan acara padang. Di antara acara Sukaneka yang dipertandingkan untuk kumpulan guru ialah acara menggelek tayar, acara melambung belon berisi air, acara membalingkan pundi kacang ke dalam gelas, acara bowling padang, dan acara merebut gula-gula. Guru-guru dibahagikan kepada 4 kumpulan, A, B, C, dan D.

Setelah habis acara padang, diteruskan pula dengan acara dewan. Di mana beberapa kumpulan murid telah meembuat persembahan seperti Dikir Barat, lakonan, tarian, nasyid, dan dikir labah. Dan, diserikan lagi dengan nyanyian oleh Guru Besar dan Cikgu Razila, serta duet Cikgu Sumardi dan Cikgu Razila. Wow .....


Majlis diakhiri dengan jamuan untuk murid dan guru. Hadian Sukaneka telah disampai kepada kumpulan-kumpulan guru pada 23/05/2010 pada waktu perhimpunan.