Satu Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda iaitu pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Briged Siber (Pengawas Makmal Komputer), Pengawas Kantin dan Ketu Darjah serta Penolong Ketua Darjah; telah diadakan pada 12 Februari 2017 (Ahad) pada waktu perhimpunan mingguan sekolah di Dewan Tun Teja. Majlis disempurnakan oleh Ins. Nor Syazana binti Zainal dari PDRM Bachok.
INFO SEKOLAH
KEJAYAAN UPSR 2016

6A - 3 orang, 5A - 4 orang
Tuesday, February 28, 2017
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SKOLAH & PELANCARAN PETI ADUAN DISIPLIN MURID
Pada 5 Februari, 2017 (Ahad) telah diadakan Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah & Pelancaran Peti Aduan Disiplin Murid di Dewan Tun Teja SK . Tangok. Ucapan & pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah disempurnakan oleh En. Saiful Marsidi bin Sidek, Penyelia Pendidikan Unit Anti Dadah PPD Bachok selaku Penghulu untuk SK. Tangok. Manakala, ucapan dan pelancaran Peti Aduan Disiplin Murid telah disempurnakan oleh Insp. Nor Syazana binti Zainal, PDRM Bachok. Majlis diadakan pada waktu perhimpunan mingguan.
KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT ZONPEN 2 2017
Pada 25 Januari 2017 (Rabu), telah diadakan satu perlawanan Bola Tampar Peringkat Zonpen 2 di SK Tangok. Perlawanan bermula lebih kurang pukul 2.00 petang dan telah tamat 6.30 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)