Majlis pelancaran minggu bahasa Arab telah diadakan pada 13 Julai, 2014 hari Ahad di tapak
perhimpunan sekolah.
INFO SEKOLAH
KEJAYAAN UPSR 2016

6A - 3 orang, 5A - 4 orang
Tuesday, August 5, 2014
Wednesday, April 2, 2014
MESYUARAT AGUNG PIBG SK TANGOK
Pada 17 Mac 2014 sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22 di Dewan Tun Fatimah Sekolah Kebangsaan Tangok. Majlis gagal dirasmikan oleh YBrs Drs Che Shamsuzuhan oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, namun telah dirasmikan oleh En. Roslailie Penyelia Sekolah Rendah PPD Bachok.
Tuesday, April 1, 2014
KEJOHANAN BOLA BALING ZONPEN 2 2014
Pada 19 dan 20 Februari 2014 sebelang petang telah diadakan Kejohanan Bola Baling 2014 untuk ZonPen 2. Pada masa tersebut En. Mohamad Rosdi bin Mustapha bertugas sebagai PK Ko di sini. Beliau telah menjayakan kejohanan tersebut dengan jayanya.
PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 2014
Pada 28 Januari 2014, sekolah telah mengadakan Majlis Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100 yang telah disempurnakan oleh YBrs. Drs. Hj Che Shamsuzuha bin Che Noh iaitu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Daerah Bachok.
Monday, January 13, 2014
KEBAKARAN DI BILIK FIUS UTAMA BANGUNAN BARU BLOK D SK TANGOK
Satu kebakaran yang mengejutkan telah berlaku di Bilik Fius Utama Bangunan Baru Blok D pada lebih kurang pukul 12.30 pagi pada 30 Oktober 2013. Pada jam tersebut guru-guru sedang mula masuk ke Dewan Tun Fatimah kerana menghadiri Jamuan Perpisahan untuk Murid Tahun 6 2013. Asap kelihatan menyelubungi bahagian hujung tingkat bawah di bahagian belakang bilik kedai sekolah. Loceng kecemaran (alarm) kebakaran telah berbunyi menyebabkan semua murid turun ke padang dengan agak perlahan. Guru Disiplin En. Hasani telah memanggil semua murid dengan menggunakan mega phone (heller) untuk turun ke tapak perhimpunan dan seorang staff sokongan telah menelefon bomba. 5 minit kemudian 2 buah kereta boma sampai dan cuba memadamkan api. Namun api telah tiada......cuma asap yang kelihatan menyelubungi bilik tersebut.
SENAMROBIK PRA SEKOLAH-ANJURAN KPM
Satu program Senamrobik telah dijalankan pada 16 dan 17 Oktober 2013 di Dewan Tun Teja Sekolah Kebangsaan Tangok. Program diisi dengan tarian dan senamrobik yang ditayangkan dari CD yang dibekalkan oleh KPM. Kedua-dua kelas Pra Sekolah bersama guru-guru dan pembantu Pra mengambil bahagian. Manakala PK HEM memantau aktiviti tersebut.
Sunday, January 12, 2014
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 2013
Suatu Majlis Khatam Al Quran telah diadakan pada 31 Oktober 2013 hari Khamis. Acara dimulakan pada pukul 11.30 pagi dengan murid berkumpul dan bergerak ke Dewan Tun Fatimah. Perarakan peserta khatam ke Dewan Tun Fatimah yang mengiringi Pegawai Khas j-QAF PPD Bachok En. Abd. Aziz Mohd Noor. Di dewan acara dimulakan dengan bacaan doa dan persembahan murid iaitu nasyid.. Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan ucapan perasmian disempurnakan oleh En. Abd Aziz Bin Mohd Noor. Upacara Khatam Al Quran bermula diketuai oleh Ustaz Shaipudin bin Ibrahim. Khatam Al Quran diakhiri dengan alunan doa Khatam Al Quran. Majlis disudahi dengan penyampaian sijil penertaan dan cenderahati
.
.
Majlis juga meraikan warga emas untuk program DWEM.
MAJLIS RESTU ILMU & SOLAT HAJAT PERINGKAT SEKOLAH 2013
Pada 7 September 2013 pukul 10.30 pagi telah diadakan Majlis Restu Ilmu di Dewan Tun Fatimah Sekolah Kebangsaan Tangok. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan aluan oleh Puan Guru Besar, ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, ucapan wakil guru subjek Tahun 6 dan ucapan Kaunselor sekolah. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian Insentif kepada murid Tahun 6 yang mendapat 5A, 4A dan 3A. Majlis disudahi dengan semua murid Tahun 6 beratur dan bersalaman dengan semua guru.
Majlis Solat Hajat pula bermula pukul 7.00 malam hari tersebut. Semua guru Tahun 6 dan ibubapa yang hadir menunaikan solat maghrib berjemaah, membaca Surah Yaasin, solat Isyak berjemaah dan Solat Hajat berjemaah. Seterusnya semua hadirin disegarkan dengan jamuan nasi, pulut kuning dan pelbagai juadah lauk.
Majlis Solat Hajat pula bermula pukul 7.00 malam hari tersebut. Semua guru Tahun 6 dan ibubapa yang hadir menunaikan solat maghrib berjemaah, membaca Surah Yaasin, solat Isyak berjemaah dan Solat Hajat berjemaah. Seterusnya semua hadirin disegarkan dengan jamuan nasi, pulut kuning dan pelbagai juadah lauk.
MOTIVASI PERSIAPAN AKHIR UPSR ANJURAN UNIT KAUNSELING PPD BACHOK DGN KERJASAMA SEKOLAH KEBANGSAAN TANGOK 2013
Suatu program motivasi dan beberapa sesi ceramah teknik menjawab soalan telah diadakan bermula pada hari Rabu 28 Oktober 2013 pada pukul 10.00 pagi. Ceramah teknik menjawab telah diadakan pada hari Khamis 3.00 petang dan pada hari Jumaat pukul 9.00 pagi serta 3.00 petang.
DESATHON
Suatu aktiviti kokurikulum iaitu Desathon telah diadakan pada hari Rabu 26 Jun 2013. Aturcara Desathon telah bermula pukul 3.00 petang dengan perhimpunan di tapak perhimpunan dan Penyelaras menyampaikan taklimat ringkas dan diikuti dengan sedikit ucapan dari Guru Besar. Seterusnya gimik pelancaran Desathon diadakan dengan tembakan kertas berkilau-kilauan oleh Puan Guru Besar dan PK Kokurikulum. Peserta-peserta yang mengambil bahagian ialah murid-murid perempuan dan lelaki Tahap 1 serta juga murid-murid lelaki dan perempuan Tahap 2. Acara penyampaian hadiah pada pukul 5.15 petang dan disudahi dengan jamuan pegawai pada pukul 5.45 petang. Acara penyampaian hadiah disambung lagi pada hari Ahad minggu berikutnya pada waktu perhimpunan.
SALAM MAULIDUR RASUL
Majlis sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada Khamis 7 Februari 2013 di Dewan Tun Teja sekolah Kebangsaan Tangok. Majlis bermula pukul 12.30 tengah hari dan diisi dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Daud bin Deraman. Kemudian diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Nasyid Sekolah. Diakhiri oleh bacaan Selawat beramai-ramai guru bersama semua muird. Guru-guru dan kakitangan kemudian menjamu selera di kantin sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)