INFO SEKOLAH
KEJAYAAN UPSR 2016

6A - 3 orang, 5A - 4 orang
Monday, October 31, 2011
Jamuan Lambaian Kasih Guru Besar Encik Ruslan
Sempena pertukaran Guru Besar Encik Ruslan bin Mohamad, sekolah telah mengadakan satu jamuan khas tanda ingatan dan terima kasih untuk beliau. Pada 22 September 2011 (Khamis), jamuan tersebut telah diadakan di Restoran Syam, Kota Bharu yang bermula pukul 2.00 petang. Di antara tentatifnya ialah bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Shaipudin, ucapan wakil guru Tuan Haji Sumardi bin Ismail, ucapan YDP PIBG Tuan Haji Che Amin bin Sulong (tidak hadir-sakit), ucapan yang diraikan Tuan Guru Besar dan upacara penyampaian hadiah. Walau bagaimanapun, semua acara tersebut bermula sebaik sahaja selesai menjamu selera. Dan, majlis tersebut diakhiri dengan sesi fotografi Guru Besar bersama dengan semua guru KAFA.


Sunday, October 30, 2011
Majlis Menyambut PK Ko baru Tn. Haji Daud bin Yusoff
Pada 21 Ogos 2011 (Ahad), sekolah telah menyambut dan menerima seorang PK Kokurikulum baru, iaitu Tuan Haji Daud bin Yusoff di mana beliau ialah seorang berjawatan PK Ko juga dari Sekolah Kebangsaan Tawang. Beliau dan rombongannya sampai ke sekolah pada pukul 9.00 pagi. Kemudian, kesemuanya bergerak ke bilik gerakan sekolah dan PK P (Pn. Hjh. Gayah) menyampaikan ucapan aluan dan diikuti dengan ucapan sulung dari PK Ko Tn Hj Daud bin Yusoff.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Sekolah
Pada 19 September 2011 (Isnin), sekolah telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah. Majlis jamuan diadakan selepas waktu rehat. Sebelum jamuan disediakan, semua guru menghadiri sesi fotografi bersama-sama, di mana kesemua 41 orang guru disusun dalam 3 barisan di kawasan tapak perhimpunan sekolah. Jamuan murid diadakan di kelas masing-masing dengan makanan dan minuman yang ditempah oleh guru kelas masing-masing. Jamuan untuk semua guru diadakan di dewan tertutup sekolah selepas pukul 10.15 pagi. Guru-guru menyediakan hidangan / menu mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan dalam mesyuarat sebelumnya. Di antara menu yang terdapat ialah satay dan kuahnya, roti jala dan kuah kuzi, ketupat dan tapai, lontong, nasi himpit, rendang, lemang, kuey teow kerang, cendol dan colek buah dan tidak ketinggalan minuman.
Majlis Lambaian Kasih PK Kokurikulum En. Ambran bin Ibrahim
Pada 21 Ogos 2011, semasa perhimpunan mingguan telah diadakan Majlis Lambaian Kasih untuk PK Ko En. Ambran bin Ibrahim iaitu majlis bersama murid. Di antara tentatifnya ialah ucapan ketua murid adik Mohd. Arif bin Mohd Zawawi, Ucapan PK Ko sendiri, ucapan wakil guru (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) dan penyampaian hadiah serta bersalam-salaman dengan semua murid.
Kemudian, pada pukul 11.30 pagi, rombongan menghantar PK Ko ke Sekolah Kebangsaan Chantum dengan 4 buah kereta berserta 5 bekas hantaran.
Kemudian, pada pukul 11.30 pagi, rombongan menghantar PK Ko ke Sekolah Kebangsaan Chantum dengan 4 buah kereta berserta 5 bekas hantaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)