KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Wednesday, September 19, 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012

Pada 16 Mei 2012 (Rabu) telah diadakan sambutan Hari Guru serentak bagi para guru seluruh Malaysia. Sambutan di Sekolah Kebangsaan Tangok telah bermula seawal 7.45 dengan acara-acara seperti nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah, diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Daud bin Deraman, ucapan Ketua Murid, ucapan aluan Puan Guru Besar,ucapan wakil guru Pn. Normahani bt Norman, bacaan perutusan KPPM oleh Penolong Kanan Ko, bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malysia oleh Puan Guru Besar, bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh cikgu Mohd Hasani bin Awang. Kemudian diikuti pula dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru oleh semua guru S.K. Tangok.
Majlis diteruskan pula  di Dewan Tun Teja dengan acara Senamrobik dan acara permainan padang untuk semua guru. Guru-guru telah menyertai permainan melontar bola ke dalam bakul sampah, membaling gelung rotan supaya dapat melingkari skitel, dan menjaring bola jaring. Setelah itu, majlis berhenti rehat selama 1 jam untuk memberi peluang pada murid rehat.
Pada lebih kurang pukul 10.45 pagi, acara disambung semula . Di dewan diadakan nyanyian nasyid oleh murid-murid, diikuti dengan pengumuman keputusan cabutan kategori guru iaitu Guru Inovatif, Guru Popular, Guru Dedikasi serta acara memotong kek Hari Guru. Kemudian, acara ditamatkan dengan jamuan untuk semua guru.