KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Monday, February 20, 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pada 11 Februari, 2012 (Sabtu) telah diadakan satu Majlis sambutan Maulidur rasul. Aturcara telah dimulakan pada pukul 10 pagi iaitu selepas murid-murid rehat. Acara diadakan di dewan terbuka sekolah, bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Saipudin, ceramah maulidurRasul oleh Ustaz Abdul Aziz bin Mat Nor, makan untuk def, persembahan nasyid, perarakan selawat di padang sekolah dan diakhiri dengan jamuan untuk murid serta guru. Hadiah-hadiah untuk Kuiz disampaikan pada hari perhimpunan Ahad 12 dan 19 Februari.

 












Sunday, February 19, 2012

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2011

Pada 17 November 2011, keputusan UPSR telah keluar. Sekolah telah mengumumkannya di dewan tertutup sekolah. Seramai 116 calon UPSR tahun 2011 dan 11 orang mendapat 5A, 16 orang 4A dengan peratus amnya 71.3%. Murid-murid 5A ialah Ahlami Wahda bt Ayob, M.Luqman Arif b. M.Radin, Nur Khairunnisa bt Mohamad, M.Arif bin M.Zawawi, Nik Nur Adlina Izreen bt.M.Azizi, Nor Basirah bt Othman,  W.Ahmad Amirul Aqid b.Azahar, M.Azizi b. Che Azid, M.Daniel Hambali b.Azman, Nur Afina bt M.Jurik,dan Umar Saadeq b. M.Zaki. Pencapaian untuk subjek B.Melayu Pemahaman ialah 95.7%, B.Melayu Penulisan 83.5%, B.Inggeris 87.0%, Matematik 93.9% dan Sains 99.1%.Pelajar-pelajar yang mendapat 5A bergambar bersama keluarga dan Guru Besar di dewan sekolah.



Wednesday, February 8, 2012

SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011

Pada 17 Oktober 2011 (Isnin), telah diadakan sambutan bulan bahasa kebangsaan. Sambutan diadakan di medan perhimpunan sekolah yang dimulakan dengan bacaan doa, bacaan perutusan TPM, Ikrar Setia Bahasa oleh guru, nyanyian lagu "Bahasa Jiwa Bangsa" oleh murid dan guru diiringi lagu dari CD, deklamasi sajak dan bacaan pantun oleh murid.

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 20 Oktober 2011 (Khamis), telah diadakan Majlis Khatam Al-Qur'an peringkat sekolah. Majlis bermula pada pukul 10 pagi di mana murid-murid berkumpul di medan perhimpunan. Apabila tibanya En. Mohd Zin bin Yaacob dari PPD Bachok, murid-murid berarak mengiringi beliau sambil berselawat dan bergerak masuk ke dewan tertutup sekolah. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Saifudin bin Ibrahim, ucapan aluan oleh Puan Guru Besar Puan Rohani, ucapan perasmian oleh En. Mohd Zin dan diikuti oleh bacaan AlQur'an. Majlis khatam kemudian bermula diketuai oleh Fatih Ustaz Zahari bin Yusof. Lebih kurang pukul 12 tgh, sijil kepada peserta dan cenderahati disampaikan.