KEJAYAAN UPSR 2016

KEJAYAAN UPSR 2016
6A - 3 orang, 5A - 4 orang

Thursday, September 22, 2011

Anugerah Nilam 2010 untuk Sekolah Kebangsaan Tangok

Sekolah Kebangsaan Tangok telah dikurniakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Anugerah Kualiti Dan Inovasi Sekolah-sekolah Kelantan Kategori Sekolah Luar Bandar untuk tahun 2010. Kami telah dihadiahkan dengan sebuah piala dan sekeping sijil. Tahniah untuk guru nilam sekolah dan pengurusan PSS sekolah amnya.

Monday, September 19, 2011

Majlis Solat Hajat UPSR Bersama PIBG 2011

Pada 12 September 2011 (Isnin) majlis solat hajat UPSR bersama PIBG telah diadakan pukul 9.00 pagi di dewan terbuka sekolah. Para ibubapa, wakil PIBG telah diserikan lagi dengan kehadiran pengarah JPPP dan Dato' Zaidi yang menyampaikan ucapan, selepas selesai solat hajat serta bacaan Surah Yaasin.

Majlis Izin Ilmu Murid Tahun 6 2011

Suatu Majlis Izin Ilmu untuk murid Tahun 6 telah diadakan pada 11 September 2011 (Ahad) selepas waktu perhimpunan. Semua murid bersalaman dan memohon izin ilmu dari semua guru yang telah mengajar mereka semenjak mereka tahun 1 sehinggalah tahun 6. Kemudian semua murid tahun 6 telah disuap dengan pulut kuning sebagai tanda memberi semangat untuk mereka menghadapi peperiksaan UPSR pada hari lusanya.





Sunday, September 18, 2011

Program Kecemerlangan UPSR ke-3 - Rehat Minda

Sekolah Kebangsaan Tangok telah mengadakan buat kali terakhirnya Program Kecemerlangan UPSR yang bermula pada 7 September (Rabu), 8 September (Khamis), 10 September (Sabtu) dan 11 September (Ahad). Murid telah disajikan dengan kelas-kelas subjek teras sehingga pukul 10.00 malam. Tetapi pada hari Sabtu (10 September) sekolah mewujudkan satu slot untuk merehatkan minda pelajar. Slot Rehat Minda ini telah diadakan di Permai Chalet, Telong dengan kerjasama semua guru-guru Tahun 6 dan semua murid tahun 6. Slot ini dipenuhi dengan acara Ceramah Motivasi oleh   Encik Mohd Fadlillah bin Deraman dari SK Sultan Yahya Petra 1 Kuala Krai, dan acara makan ayam bakar, nasi goreng. Guru-guru pula meredakan minda dengan membakar daging kambing, ayam, makan bersama nasi dagang dan sedikit lontong.




















Sambutan Hari Raya PPD Bachok - Gerai SK Tangok

Pada 10 September 2011 (Sabtu), PPD Bachok telah mengadakan sambutan hari raya di sekitar kawasan Pusat Ko-Kurikulum, Tangok. Sambutan tersebut telah disertai oleh semua sekolah rendah dan menengah di Bachok. SK Tangok juga tidak ketinggalan telah mewujudkan satu gerai yang bernombor 31. Kami telah menghidang pelbagai juadah termasuklah nasi dagang, lontong, satay & nasi himpit, ketupat & tapai, ketupat sotong, dan biskut raya.